Percikan magik dan bunyi pergeseran di antara pedang di medan perang kedengaran. PlatinumGames membawa game terbaru dengan trailer sinematik peperangan fantasi.

Tema latar kelihatan seperti Lord of The Rings dikacuk pengaruh zaman Reinassance dan Medieval. Perlawanan fantasi epik antara kesatria berperisai penuh dari team purple dan oren saling berbunuhan menambat perhatian. Di akhir trailer menunjukkan 4 karakter sedang berdiri melihat gunung sambil termenung bercaption ‘Led by the Nomads. Humanity strikes back against Gaia’.

Kisah ‘Babylon’s Fall’ sering dikaitkan dengan pengakhiran zaman Empayar Neo-Babylon apabila ia ditakluk oleh Empayar Achaemenid pada tahun 539 sebelum masihi. Ia merupakan simbolisme membawa jatuh empayar yang kejam. Taman tergantung Babylon di Iraq merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia yang ada hari ini.

Tiada gameplay atau berita lebih lanjut tentang game ini. Babylon’s Falling akan berada di PS4 dan PC pada tahun 2019.

Comments

comments