GPU docking station ini adalah sama seperti yang diperkenalkan oleh Razer. External GPU dock dari Asus ini diberi nama ROG XG2 dan boleh digunakan bersama sebarang laptop.

ROG-XG2-external-graphics-docking-stationNampaknya Asus tidak mahu ketinggalan dalam menyediakan para gamer pilihan dalam pasaran GPU external. Tidak seperti Razer yang bakal menggunakan USB Type-C sebagai connection, Asus telah memilih untuk menggunakan sesuatu yang proprietari. Menurut Asus, ROG XG2 bakal mengunakan signal terus dari PCIe untuk berhubung dengan PC.

ROG-XG2-external-graphics-docking-station-02Dengan kehadiran 2 jenis GPU external, pasti pengeluar lain akan cuba untuk memasuki pasaran ini. Satu kemajuan yang sangat menarik dalam alatan komputing!

ASUS-ROG-SpathaTidak cukup dengan sistem docking yang baru ini, Asus turut mengeluarkan satu sistem baru untuk tetikus yang diberi nama ROG Spatha! Apa yang diperkenalkan oleh tetikus ROG Spatha ialah kebolehan untuk menukar dan mengubahsuai switches untuk tetikus tersebut.

ROG-Spatha-02Ini membolehkan para gamer mengubahsuai respon dan feel tetikus gaming mereka. Sesungguhnya ini sesuatu yang biasa dalam papan kekunci gaming tetapi adalah baru dalam tetikus gaming!

Comments

comments