Ubisoft betul-betul bersungguh hendak mengambil hati peminat Assassin’s Creed kembali. Ini merupakan kejutan yang sempoi buat fans mereka!

Seperti tajuk artikel ini, korang telah diingatkan bahawa ia mengandungi spoilers! Kalau korang rasa kental dan nak baca juga pasal intipati artikel ini, korang boleh scroll gambar dibawah.

Jangan kata kami tak warning!

assassin-creed-syndicate-big-ben
Jangan kata abang tak warning ye. Kang abang datang tikam baru tau.

Nampaknya korang memang jiwa kental sebab dah baca sampai sini! Wa caya sama lu!

Jika anda sudah sampai hingga ke Sequence 6 (korang mungkin boleh unlock lebih awal, tetapi masih tak boleh dipastikan), akan terdapat satu ikon istimewa berhampiran Sungai Thames. Jika korang ke ikon tersebut, akan kelihatan satu portal.

assassin-creed-syndicate-jump-attackApa portal tu buat? Portal tersebut akan bawa korang ke sebuah mini mission pada zaman Perang Dunia Pertama! Sempoi gila! Dalam misi ini, korang akan dapat menerokai satu enviroment yang berlainan dengan dunia Syndicate! Misi ini tidak kurang panjangnya dan kawasan ia juga sederhana besar. Biasanya content sebegini akan dijual sebagai DLC tetapi mungkin Ubisoft sengaja memberi reward pada kipas-susah-mati mereka.

Kami enggan menceritakan apa yang terjadi dalam mini mission tersebut, tetapi ia melibatkan Lydia Fyre (besar kemungkinan keturunan protagonist) dan juga ikon Perang Dunia Pertama iaitu Winston Churchill. Kenal tak? Baca buku sejarah balik ye haha.

Apa pun, terima kasih Ubisoft atas kejutan best ini. Nantikan review kami dalam BBoBB kelak!

Jangan lupa baca ni: Assassin’s Creed: Syndicate: 8 Review Dari Gaming Site Terkenal!

Comments

comments