Assassin’s Creed Syndicate: Boleh Beli or Boleh Blah!?

assassin-creed-syndicate-001

Hola!! Gamers, bila sebut saje pasal game Assassin Creed, mungkin ramai di antara kita kecewa dengan Ubisoft gara-gara Assassin Creed Unity.

Dengar cerita ramai yang tak berani membeli siri AC terbaru ini iaitu Assassin’s Creed Syndicate ni takut di ‘scam’ oleh Ubisoft lagi. Macam mana kalau penulis katakan bahawa Ubisoft dah insaf?? Nak tau stay tuned dengan kitorang untuk review kali ini.

Ok Bro! Story Skit Pasal Game Ni!

Bertempat di kota London pada tahun 1868, korang akan bermain sebagai satu-satunya assassin kembar pada siri AC kali ini. Perkenalkan Jacob Frye dan juga kembarnya Evie Frye, 2 assassin yang mempunyai gameplay yang unik bagi setiap character mereka.

assassin-creed-syndicate-002
Jacob Frye di sebelah kanan, manakala Evie Frye di sebelah kiri

Dengan bantuan Assassin Brotherhood iaitu Henry Green, mereka meredah misi untuk menjatuhkan pemerintahan zalim Templar iaitu Crawford Starrick dan juga mencari Piece Of Eden yang mereka percaya tersembunyi di kota London.

Masih Berkonsepkan Misi Seperti Siri AC Yang Lain?

Seperti siri-siri AC sebelumnya, missionnya masih lagi berkisarkan pembunuhan dan juga sabotaj secara senyap. Cuma kali ini mission-missionnya lebih tersusun dan sangat banyak untuk dimainkan. Woo!! Penulis sendiri berpuas hati dengan mission-mission yang ada di dalam Assassin’s Creed Syndicate ini.

assassin-creed-syndicate-008

Untuk menguasai sesuatu daerah korang perlu menyelesaikan 5 kawasan yang dipegang oleh tali barut Templar. Antaranya Bounty Hunt, Child Liberation, Gang Stronghold dan Templar War. Setelah 4 mission ini korang selesaikan baru lah Gang War akan muncul dan ketua daerah di situ akan keluar dan mencabar korang untuk merebut kawasan tersebut. Alamak!! Macam KL Gangster tak?

assassin-creed-syndicate-010

Apa Yang Buat Syndicate Ini Unik?

Antara keunikan yang terdapat ialah korang boleh memainkan 2 watak iaitu Jacob ataupun Evie Frye. Untuk makluman korang, kedua-dua character ini mempunyai gameplay yang amat berlainan antara satu sama lain.

assassin-creed-syndicate-009

assassin-creed-syndicate-005
Tudiaa Abang Jacob ngadap Abang Kawasan beb

Jacob masih lagi assassin tetapi lebih kepada street fighter yang lebih suka cara bertumbuk daripada menyelinap masuk ke sesuatu kawasan ataupun membunuh musuh dengan keadaan senyap.

assassin-creed-syndicate-007

assassin-creed-syndicate-004
Cun tapi merbahaya…Cik Evie dtg ni!!

Evie pula masih mengekalkan ciri-ciri Assassin yang sejati, approach secara senyap dan berhati-hati, menyelinap dan membunuh musuh secara senyap tanpa meninggalkan sebarang bukti. Unik, kan?

Selain itu, AC Syndicate juga telah memperkenalkan senjata baru iaitu, Brass Knuckles– buku lima yang bersesuai untuk street fight, Cane-Sword– tongkat yang tersembunyi pedang kecik dan juga Kukri – parang pendek berbentuk V yang amat berbahaya.

Jom kita usha skit gameplay untuk Jacob dan Evie Frye:

Bagi penulis, paling unik di dalam AC Syndicate ialah tool baru yang diperkenalkan iaitu Rope Launcher, tidak digunakan sebagai alat membunuh, ia lebih kepada untuk melarikan dari ataupun melompat ke arah bangunan yang lebih tinggi dengan cepat. Kira ala-ala Batman la.

assassin-creed-syndicate-rope-launcher
Rope launcher….ala-ala Batman gitu

Ok, Citer Pulak Yang Tak Best!!

Secara keseluruhannya, setakat ini penulis masih lagi tidak menjumpai sebarang glitch ataupun kecacatan seperti mana yang terdapat pada AC Unity. Namun begitu, beberapa faktor yang membuatkan game ini mungkin akan menyebabkan korang berasa boring.

Mission yang menggunakan kereta kuda amatlah mengecewakan kerana terdapat begitu banyak lambakan kereta kuda di kiri kanan jalan sehingga menyukarkan korang untuk bergerak dan sering kali penulis melanggar tiang-tiang lampu dan juga bangunan kerana mengelakkan kereta kuda yang lain.

Selain itu, walaupun banyak side mission yang disediakan tetapi pengulangan yang hampir serupa berkali-kali juga akan sedikit sebanyak membuatkan korang cepat berasa bosan dan hanya menumpukan pada Story Mission sahaja.

So, Boleh Beli or Boleh Blah!?

+ Pengenalan 2 character yang berlainan gameplay membuatkan korang tidak tertumpu hanya pada 1 gameplay sahaja.

+ Pengunaan senjata baru yang mempunyai keunikan yang tersendiri membolehkan korang membuat kombo-kombo yang berlainan bagi setiap jenis senjata.

– Side mission yang repetitive membuatkan korang akan cepat bosan.

– Terlalu banyak kereta kuda sehingga sukar untuk korang membuat mission yang memerlukan korang menggunakan kereta kuda.

Keputusan: BOLEH BELI!!

ADIOS!!

Comments

comments