assassin-creed-syndicate-001

Korang dah settle ke belom Assassin’s Creed Syndicate? Amacam? Best tak? Jom follow 5 fakta menarik tentang game ini.

  1. Si Kembar Fyre

assassin-5-fakta-menarik-001

Mungkin ramai dah tau, AC Syndicate satu-satu siri dari Assassin’s Creed yang menampilkan 2 watak yang boleh dimainkan. Jacob Fyre dan Evie Fyre ialah kembar yang mempunyai keunikan yang tersendiri dan build up skill yang berbeza. Untuk AC Syndicate kali ni penulis banyak gunakan Jacob, memang main redah je. Baru brutal bro!

2. Bertempat Di Kota London 1868

assassin-5-fakta-menarik-002

AC Syndicate kali ini mengamit nostalgia ke zaman 1868 dan kali ini bertempat di kota London. Tahukah korang ada sekurang-kurangnya terdapat 22 landmark yang popular di kota London yang korang boleh terokai. Ada yang sehingga kini masih utuh berdiri antaranya Buckingham Palace – istana di mana Queen Elizabeth II menetap, 10 Downing Street – kediaman rasmi Perdana Menteri British, Bank Of England – bank ke 2 tertua di dunia, House Of Parliment – menara jam besar yang sehingga kini masih ada dan merupakan icon penting di London dan banyak lagi yang korang boleh terokai di dalam AC Syndicate ini.

Berikut adalah senarai landmark yang menarik yang boleh korang terokai:

  • Horse Guards
  • Victoria Station
  • Westminster Abbey
  • Covent Garden
  • Leicester Square
  • Piccadilly Circus
  • St Mary le Strand
  • Trafalgar Square
  • Spitalfields Market
  • Kings Cross St Pancras Station
  • Holborn Viaduct
  • Mansion House
  • Monument to the Great Fire of London
  • Royal Exchange
  • St Paul’s Cathedral
  • London Bridge Station
  • Waterloo Station

3. Ahli-ahli Sejarah Yang Terkenal

assassin-5-fakta-menarik-003

Di dalam Syndicate kali ini, korang akan berjumpa dengan ahli-ahli sejarah yang terkenal – antaranya Alexander Graham Bell, Florence Nightingale, Frederick Abberline, Charles Dickens, Charles Darwin, Karl Marx dan juga Queen Victoria! Yang menariknya watak-watak ini, memberikan korang side mission bagi menambahkan experience dan juga duit korang! Selain itu juga ada beberapa senjata ataupun outfit tertentu yang hanya boleh korang unlock dengan menyelesaikan side mission ini.

4. Merentas Masa Ke World War I

assassin-5-fakta-menarik-004

Tahukah korang, ada sebuah mission rahsia yang korang boleh unlock? Yeah World War I di mana perang dunia yang pertama dan korang akan bermain sebagai cucu kepada Jacob Fyre iaitu Lydia Fyre. Bermacam-macam mission yang disediakan dan dianggarkan 15 jam masa bermain untuk menyelesaikan semua mission tersebut. Oh sebelum penulis terlupa – untuk meng’unlock’ mission ini, korang perlu menyelesaikan story mission sehingga ke Sequence 6, kemudian barulah portal ini akan terbuka untuk korang.

5. Kereta Kuda Dwi Fungsi

assassin-5-fakta-menarik-005

Kereta kuda ni penulis tau korang hanya akan pakai untuk mission-mission tertentu sajakan? Hahaha, tapi mesti ada yang tak tau yang korang juga boleh menyorok di dalam kereta kuda ini bagi melarikan diri dari musuh ataupun polis. Tapi kereta kuda ni penulis paling suka guna untuk culik orang, pergh macam mafia!

Ok itu sahaja guys untuk kali ini, kalau korang ada lagi fakta-fakta menarik dalam game AC Syndicate ataupun apa sahaja game yang korang mainkan, boleh la kongsikan dengan kitorang di JomGaming.

JomBaca: Assassin’s Creed Syndicate: Boleh Beli or Boleh Blah!?

ADIOS!!

Comments

comments