Anda sudah bosan menjadi seorang Assassin? Mari mengikuti jejak langkah Templar pula.

Berita ura-ura mengatakan Assassin’s Creed Rogue mendapat nafas baru diolah menjadi game remastered seperti Assassin’s Creed: The Ezio Collection adalah benar!

Tambahan pula, kesemua DLC (Master Templar and Explorer) bersama-sama dua misi bonus berjudul “The Armor of Sir Gunn Quest” dan “The Siege of Fort de Sable” akan disertakan ke dalam Assassin’s Creed Rogue Remastered termasuk juga satu pek baju baru dipakai oleh Bayek dalam Assassin’s Creed Origins.

Ubisoft menjanjikan pembaharuan dan penaiktarafan dari segi grafik seperti efek visual, tekstur dan resolusi dalam Assassin’s Creed Rogue Remastered. Ini bermakna game ini membawa sokongan 4k untuk PS4 Pro dan Xbox One X.

Sebelum ini, Assassin’s Creed Rogue dilancarkan pada tahun 2014 hanya untuk PS3, Xbox 360 dan selang tahun kemudian untuk PC serta kemungkinan tidak dikenali ramai kerana dianaktirikan oleh pelancaran Assassin’s Creed Unity pada tahun yang sama.

Assassin’s Creed Rogue Remastered akan dilancarkan pada 20 Mac 2018 untuk PS4, Xbox One dan PC.

Comments

comments