Nampaknya Ubisoft menggunakan masa berehat selama setahun untuk meningkatkan siri Assassin’s Creed menjadi lebih baik.

Kali ini, Assassin’s Creed Origins membawa pemain ke Mesir purba dalam perspektif Bayek, seorang polis bertukar menjadi seorang Assassin dengan misi tersendiri.

Dari kiri: Bayek bersama isterinya, Aya.

Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, terdapat dua protagonis dalam game ini iaitu Bayek dan juga seorang watak perempuan bernama Aya, isteri Bayek.

Kedua-dua watak ini mempunyai kebolehan mereka yang tersendiri dan pelengkap ideal antara satu sama lain.

Semasa gameplay Assassin’s Creed Origins untuk Gamescom, mereka berdua ditugaskan untuk menyiasat satu kes keracunan lembu suci yang rupa-rupanya bertukar menjadi misi penyelamat seorang lelaki, bukannya lembu.

Elemen penyiasatan diserapkan ke dalam game ini, membolehkan pemain untuk imbas sesuatu tempat untuk beberapa petunjuk sama ada benda atau orang yang anda boleh berinteraksi bagi menyelesaikan misi.

Selain itu, pemain boleh menyusup masuk ke piramid dan juga makam berada di dalam piramid itu. Untuk menikmati khazanah zaman Mesir purba, ada beberapa teka-teki harus diselesaikan sebelum dapat kumpul barang.

Assassin’s Creed Origins akan dilancarkan pada 27 Oktober 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Gamescom 2017: Trailer Cinematic Assassin’s Creed Origins Terbaru Ini Akan Buat Korang Ternganga Dan Terpukau

Comments

comments