Selepas berehat selama setahun sebelum mengumumkan Assassin’s Creed Origins, nampaknya siri ini akan kembali ke jadual keluaran secara tahunan. 

Dalam sidang media Ubisoft di E3 2018, mereka telah mengumumkan yang Assassin’s Creed Odyssey akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 5 Oktober 2017, setahun selepas melancarkan Origins.

Antara pendedahan penting dalam sidang media ini adalah mereka mengesahkan pelbagai khabar angin yang bertiup sebelum ini. Mereka mengesahkan yang pada awal permainan, pemain boleh memilih sama ada untuk bermain sebagai karakter lelaki ataupun wanita, iaitu Alexios atau Kassandra. Walaupun pemilihan mana-mana karakter ini tidak memberikan kesan kepada jalan cerita dan gameplay, ia menampilkan karakter model dan suara yang berbeza.

Selain itu, mereka turut mengesahkan yang game ini akan membawakan fungsi pemilihan dialog yang mana ia akan memberikan kesan kepada jalan ceritanya nanti.

Comments

comments