Assassin’s Creed Movie bakal menjadi penyelamat kepada filem-filem adaptasi daripada video game? Anda mungkin silap.

Di Malaysia, Assassin’s Creed Movie akan mula ditayangkan bermula esok, 22 Disember 2016. Terbaru, para pengkritik sudah mula menonton serta mengeluarkan pandangan mereka terhadap filem yang diadaptasi dari francais video game terkemuka Ubisoft, siri Assassin’s Creed.

Ramai para peminat setia francais ini meletakkan harapan yang tinggi kepada filem ini, lebih-lebih lagi apabila ia dibintangi dan diarahkan oleh individu yang pernah memenangi anugerah yang cukup hebat. Namun, nampaknya harapan tinggi menggunung ini mungkin akan tergelincir ke lembah kekecewaan, jika dilihat dengan pelbagai review yang telah dikeluarkan oleh para pengkritik ini.

Semasa artikel ini ditulis, laman Metacritic memaparkan markah 37 per 100 untuk Assassin’s Creed Movie. Markah tersebut hanya sedikit lebih tinggi berbanding Hitman: Agent 47 (2015) dan Hitman (2007). Dan nampaknya, markah untuk Prince of Persia: The Sands of Time (2010) lebih tinggi berbanding Assassin’s Creed Movie.

Berikut adalah beberapa review yang telah dikeluarkan, di mana anda boleh baca lebih lanjut di laman Metacritic:

Comments

comments