Dengar khabar Assassin’s Creed masih lagi mahu meneruskan pengembaraan yang bersejarah ini.

Walaupun Assassin’s Creed Origins baru sahaja dikeluarkan (dan laku keras berbanding Assassin’s Creed Syndicate) pada tahun lepas, ada-ada sahaja khabar angin panas berkenaan game Assassin’s Creed yang seterusnya.

Edisi khabar angin ke-966 (ini bukan ikut kiraan khabar angin sebenar, ya) kali ini ialah Assassin’s Creed akan mengembara ke negara berdekatan Laut Mediterranean iaitu negara Greece.

Kami dengar soseh-soseh ke Greece ini melalui sumber sama yang memberikan leak tepat tentang latar belakang tempat dan juga masa iaitu Mesir purba bagi Assassin’s Creed Origins.

Menurut Comic Book, semasa dalam fasa pembangunan, pembangun di Ubisoft mencadangkan Greece┬ásebelum Mesir purba ditetapkan untuk Assassin’s Creed Origins di mana sebelum ini diberikan code-name Empire.

Sumber terdekat juga mengatakan negara Greece akan di-KIV untuk pembangunan game Assassin’s Creed yang seterusnya selepas memberi fokus kepada Mesir purba.

Jika game Assassin’s Creed akan datang singgah ke Greece, kami rasakan Assassins akan tiba di masa Greece purba terutamanya pada abad ke-9 SM semasa kemajuan berkembang mekar untuk sektor seni dan sastera seperti ukiran dan puisi serta Greece juga sedang di bawah pemerintahan empayar Roman.

Kesemua elemen ini apabila digabungkan amat sesuai dipadankan dengan latar belakang game Assassin’s Creed yang penuh dengan pelbagai konflik politik dan tikam menikam belakang orang. Ouuuhh…. padu.

Berubah dari lokasi Mesir purba pula, anda sudah boleh bertukar arah menjadi Templar dalam Assassin’s Creed Rogue Remastered yang baru sahaja dilancarkan semalam untuk PC, Xbox One dan PS4.

Apa-apa pun, ini cuma sekadar khabar angin sahaja. Kita nantikan pula apa yang bakal didedahkan lagi tentang game Assassin’s Creed seterusnya yang mungkin dikeluarkan pada tahun 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.