Gotham City memerlukan korang kembali menjadi hero sado Batman! Tapi selepas Arkham Asylum, Arkham City dan Arkham Origins, boleh ke Arkham Knight menarik korang merentasi pekat malam bagi menentang kejahatan? Jom kita tengok dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!?

Sembilan bulan selepas kejadian di dalam Arkham City, Gotham City kembali ‘normal’ sehinggalah serangan gas fear toxin Scarecrow kembali menghavockan suasana! Arkham Knight (AK) bermula dari kejadian ini, dan seterusnya membawa korang bermain sebagai Batman dalam misi pencarian Scarecrow!

AK2

SUSAH KE CONTROLS GAME NI?

Di dalam first few missions, korang akan belajar basic movesets dan mechanics gameplay – yang surprisingly agak familiar bagi otai-otai game-game Arkham sebelum ini. Ada a few players baru yang komplen, “moveset tidak diajar” – sejujurnya, penulis tak perasan kerana semua buttons rasa natural dan masih sama seperti game-game Arkham yang lain.

AK3

STORY DIA OK TAK?

Story diteruskan dengan Batman memburu Scarecrow sebelum mamat lansi nih lepaskan toksin neurosarafnya ke seluruh Gotham City! Paling menarik, Scarecrow together-gether dengan seorang villain baru – Arkham Knight! Sepanjang permainan, Arkham Knight ni agak irritating orangnya! Ada saja dialog mamat nih cuba untuk membakar jiwa adiwira si penulis/Batman!

AK4

Selain main story, side quests AK juga agak banyak dan menghiburkan! Paling memorable, side quest memburu kelawar gergasi – Man-Bat! Selain itu, kipas-susah-mati Batman pasti terhibur dengan kemunculan cameo Bat-family seperti Oracle/Batgirl, Azrael, Nightwing, Robin, Red Hood dan tak lupa pakcik Alfred and uncle Lucius.

AK5

Sembilan villains juga telah di announce bagi memenuhi roster villain AK iaitu Scarecrow, Poison Ivy, Riddler, Two-Face, Penguin, Catwoman, Firefly, Harleyquin dan Arkham Knight sendiri! Gile meriah armageddon di Gotham City!

AK6

APA LAGI YANG ADA DALAM GAME NI?

Selain main story mission dan side quests, otai-otai Arkham games pasti cukup masak dengan mode leaderboard onlinenya. Terdapat beberapa mode ala mini-game yang dapat korang main bagi mengumpul markah tertinggi – dan bertanding markah sesama player satu dunia! Personally, penulis banyak menghabiskan masa di dalam Combo Master – dengan cuba mendapatkan chain combo terbanyak! Addictive gile!

AK12

APA YANG BEST?

Of course sebab utama bestnye AK ni ialah korang dapat bermain sebagai Batman! Segala kombo pertempuran kini lebih brutal dan setiap hentakan dapat dirasa gegarannya especially di dalam mode Combo Master!

AK7

Batman takkan jadi lengkap tanpa Batsuit dan Bat-gadgets nye, ye tak? Sepanjang game AK, orang boleh upgrade setiap aspek skill bergasak, gadget, dan Batmobile sehingga Batman korang menjadi living weapon! OMGWTFBBQ!

AK8

Selain itu, series Arkham juga terkenal dengan puzzles dan Riddler’s Trophies. Setiap level pasti ada puzzle yang memerlukan korang berfikir secara kreatif untuk melepasi the stage! Riddler’s Trophy pula adalah collectibles yang perlu korang collect untuk Achievement – dan kesemuanya memerlukan solution yang boleh buat korang garu kepala!

AK9

Kesemua ini dapat korang mainkan dalam universe yang saaaangat detailed dan rich dengan visual eyecandy! Dahlah sepanjang permainan berlaku di waktu malam, diselangi pula dengan hujan gerimis – segala texture dan lighting game ini benar-benar show-off keupayaan next-gen consoles!

AK10

APA YANG TAK BEST?

Seriously, penulis cukup tidak menggemari elemen Batmobile dan penggunaannya di dalam solution puzzles yang kelihatan seperti cubaan untuk push jualan toys! Kalau Tumbler di dalam Batman Nolan-verse kelihatan seperti HumVee on steroids, Batmobile AK di penghujung upgrade tree dah macam kereta kebal beroda empat! Gile OP!

AK11

SO, BOLEH BELI OR BOLEH BLAH?

+ Batman yang lebih ganas dengan efek belasahan yang lebih brutal! Hooah!

+ Dunia yang agak luas dan immersive – indah dalam kehodohan urban Gotham City.

+ Mechanics gameplay yang intuitive dan puzzles yang boleh buat korang garu kepala!

– Batmobile – repetitive dan boleh mengundang kebosanan!

Keputusan: BOLEH BELI!

Comments

comments