Ariana Grande Dan Lagu Istimewa Akhirnya Tiba Ke Final Fantasy Brave Exvius!

Untuk tempoh terhad, korang boleh bermain Final Fantasy Brave Exvius untuk mendapatkan karakter Ariana Grande!

Bagi meraikan kerjasama unik ini, Square Enix telah melancarkan music video terbaru yang menampilkan muzik Ariana Grande, ‘Touch It’ yang diadun khusus buat Final Fantasy Brave Exvius.

Pemain Final Fantasy Brave Exvius boleh turut serta di dalam in-game event Dangerous Woman Tour sehingga 2 Februari ini bagi mendapatkan karakter Dangerous Ariana. Korang juga boleh farm materials spesifik di dalam event ini bagi level up Ariana daripada 4-star unit ke 6-star unit. Apabila korang bermain di dalam event ini, lagu ‘Touch It’ akan dimainkan sebagai soundtrack!

Comments

comments