Xbox One kini membawakan korang cara baru untuk mendengar stesen radio, cerita dan podcast kegemaran korang. 

Selepas mendapat aplikasi baru di rangkaian media sosial Cina ‘Weibo’, NPR One pula kini boleh didapati di Xbox Store setelah diterbitkan di Windows 10 pada awal tahun 2016. Aplikasi ini telah direka semula untuk konsol dengan pengoptimuman bagi paparan bersaiz televisyen.

NPR One ialah aplikasi audio yang menghubungkan korang kepada stream berita radio awam, cerita dan podcast.

“Alami cara baru untuk mendengar radio awam. Di rumah atau di mana sahaja. Dengan aplikasi yang dapat memberitahu anda dari masa ke masa. Mainkan seterusnya? Perkara itu yang anda tidak tahu yang anda suka.”

Ciri-ciri :

  • Personalized stream oleh NPR, berita stesen tempatan dan cerita
  • Skip, rewind, pause dan share
  • Carian rancangan, stesen dan podcast kegemaran anda
  • Kandungan antarabangsa, nasional, serantau dan tempatan
  • Antara muka yang mudah dan intuitif

Sumber : mspoweruser

Comments

comments