Apple mungkin membuat keputusan mengikut isu semasa, kini memerlukan kesemua game di App Store yang mempunyai loot boxes untuk mendedahkan kemungkinan item-item yang akan diterima oleh pembeli.

“Aplikasi yang menawarkan ‘loot boxes’ atau mekanisme lain yang juga menawarkan item maya secara rawak semasa pembelian mesti mendedahkan sebarang kemungkinan setiap jenis item yang akan diterima oleh pembeli.”

Pendedahan secara paksa itu adalah sesuatu yang China sudah lakukan kepada semua game, melalui undang-undang sejak bulan Mei lalu.

Ianya agak menarik untuk melihat sama ada platform-platform lain akan mengikut jejak langkah Apple. Middle-earth: Shadow of War ialah satu lagi game terkenal yang menampilkan ciri loot boxes.

Loot boxes, sama ada ia merupakan satu bentuk perjudian atau tidak, ia merupakan topik yang hangat buat masa ini. Malah UK Gambling Commission juga memandang serius terhadap perkara tersebut, begitu juga dengan Belgian Gambling Commission.

Di Hawaii, wakil Demokratik, Chris Lee dalam kenyataannya di sidang media yang lalu menggelarkan Star Wars Battlefront 2 sebagai “Star Wars bertemakan kasino online yang dicipta untuk menarik kanak-kanak dalam membelanjakan wang.”

Star Wars Battlefront 2 menjadi pemangkin kepada kebangkitan isu loot boxes. Tapi ini bukanlah kes berkaitan dengan sifat sistem loot boxes itu sendiri. Tapi ia lebih kepada masalah kandungan yang diberikan kepada pemain untuk mereka terus maju dan berkembang dalam permainan.

Sebuah sistem yang penuh dengan ketamakan yang jauh tersasar dari landasannya dalam sebuah produk dengan bayaran harga penuh. Dan reaksinya telah menaikkan kemarahan gamers. Sangat serius sehinggakan EA terpaksa menggantung sistem loot boxes buat sementara waktu. EA pernah berkata microstransaction akan kembali dalam Star Wars Battlefront 2, tapi bila? Kita tidak tahu.

Comments

comments