Star Wars Battlefront Beta telahpun melabuhkan tirainya pada hari ini (semalam). Kalau korang tidak berkesempatan untuk mencuba Beta yang berlangsung dari 8 hingga 13 Oktober ini, kitaorang rasa korang benar-benar rugi kerana game ini mempunyai potensi yang sangat baik.

Jangan ketinggalan: Star Wars Battlefront Beta: 6 Sebab Mengapa Kitaorang Jatuh Cinta!

Namun, ia masih belum lagi mampu diberikan markah 10/10. Kitaorang masih merasakan bahawa terdapat banyak lagi lubang-lubang yang perlu dihiasi dengan bunga yang lebih cantik. So, inilah perkara-perkara yang kitaorang rasakan perlu ada untuk full game yang akan keluar pada 17 November nanti!

2916874-star_wars_battlefront_-_fighter_squadron_-_a_wing_vs_imperial_shuttle___final_for_release

Server Browser & Matchmaking.

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, game ini nanti tidak akan ada Server Browser untuk kita pilih server mana yang kita mahu main. Dengan hanya menggunakan sistem matchmaking, DICE perlu menjalankan kerja yang lebih keras. DICE perlu memastikan matchmaking akan berfungsi dengan baik pada hari pertama pelancaran – kerana matchmaking dalam Beta ini kurang memuaskan. Situasi dalam Beta di mana kadang-kala ia sentiasa ‘searching’ dan tidak dapat masuk ke satu server yang sama bersama rakan perlu dibaiki DICE sebaik mungkin.

Spawn Point? Menjengkelkan.

Nampak gayanya, episod ketika hari pertama Battlefield Hardline dulu bakal berulang dalam game DICE seterusnya. Spawn point yang sangat annoying ini sangat ketara dalam mode Walker Assault jika dibandingkan dengan Drop Zone. Sama ada kitaorang akan spawn di belakang 10 musuh yang tengah sedap merapatkan saf, atau korang sendiri yang disapu habis satu team oleh seorang pemain lawan yang entah dari mana dia spawn! Kalau kita yang dapat spawn macam tu best lah, kalau pihak lawan yang dapat, haa maroh maroh!

Untitled

Sudah semestinya kitaorang mahukan DICE untuk baiki sistem spawn yang broken ini. Kitaorang tidak mahu franchise Star Wars ini menjadi flop macam Battlefield Hardline. Kitaorang tak mahu flop, kitaorang mahukan #KloppForTheKop #YNWA

Mengapa Partner? Bukan Skuad?!

Sebagai pemain yang datang dari siri Battlefield, pastinya kitaorang mahukan sistem skuad yang sekurang-kurangnya mempunyai 4 pemain dalam satu skuad. Sistem partner yang baru diperkenalkan ini membuatkan sebuah game ‘perang’ rasa sungguh janggal. Sistem partner ini membuatkan ‘squad wipe’ itu terlalu kerap dan membuatkan pemain sukar untuk mobile-spawn kerana hanya mempunyai dua orang dalam satu ‘skuad’. Dan akhirnya membuat pergerakan sesebuah team itu berterabur dek kerana setiap pemain terpaksa dan terlalu kerap spawn semula di base.

4

Sistem Clan.

Sekali lagi, sebagai pemain yang datang dari siri Battlefield, sistem clan ini sudah seperti menjadi darah daging kitaorang. Setakat ini, pihak DICE masih lagi belum mengumumkan sama ada game ini bakal memiliki sistem clan ataupun tidak. Sekiranya tiada, pastinya ia bakal mengecewakan sejumlah pemain yang ramai. Bermain bersama rakan dengan berteraskan sistem clan ini sangat menyeronokkan kerana ia menambah rempah dan rencah kepada keterujaan untuk bermain bersama clan-mate lain. Jika tiada, DICE telah membuat satu kesilapan yang sangat besar!

Netcode Yang Berfungsi.

Mungkin ini satu-satunya perkara yang DICE boleh belajar dari Battlefield Hardline pada hari pertama pelancaran. Netcode di Battlefield Hardline adalah lebih baik dari Battlefield 4 (pada Day 1 masing-masing), di mana ini yang kitaorang mahukan DICE guna pakai. So far, dalam Beta, masalah netcode ini masih belum kitaorang rasai, dan kitaorang harap perkara ini kekal untuk full game nanti.

Sakit Mata Tengok GUI!

Dalam pemerhatian Penulis secara peribadi, Penulis merasakan label-label yang terdapat pada UI sedikit menyakitkan mata. Antaranya ialah senarai weapon dan gadget yang terletak di sebelah kanan bawah serta jumlah nyawa berwarna merah (ketika player kena damage) yang bagi Penulis, saiznya terlalu besar. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan hal ini kerana ada yang lebih suka labelling yang lebih besar. Di sinilah di mana DICE harus pastikan yang labelling ini boleh di-customise (dibesar atau dikecilkan) – sama seperti yang telah diapplikasikan dalam Battlefield 4 dan Hardline.

3

Selain itu, kill feed yang terletak di tengah-kanan skrin sedikit mengganggu penglihatan. Persoalan mengapa kill feed ini tidak diletakkan di atas (tidak kisah sama ada kiri atau kanan) skrin seperti kebanyakan game-game shooter yang lain – itu hanya DICE yang tahu. Kenapa DICE kenapa?!

2

Labelling Pada Objektif.

Dalam mode Walker Assault, terdapat dua objektif (uplink stations) yang perlu diaktifkan oleh Rebels, di mana di pihak Imperial pula perlu memastikan ianya Offline. Dan kalau korang perasan, objektif ini tiada labelling sama ada ‘A’, ‘B’  ataupun ‘Station 1’, ‘Station 2’. Dan Penulis berpendapat labelling ini sangatlah penting untuk komunikasi antara pemain. Jika salah satu objektif diserang, maka para pemain sukar untuk memberitahu rakan yang lain, objektif yang mana satu kerana tiada nama yang spesifik diberikan.

1

Microtransaction / Season Pass Perlu Dimansuhkan

Seperti memerah duit dari gamers, business model microtransaction melalui jualan Season Pass ini benar-benar membuatkan kitorang teragak-agak untuk membuat pre-order. Ibaratnya kita akan membeli game yang sebenarnya separuh siap dan untuk mendapatkan full content? Belilah DLC nye bro! Tak ke peras ugut namanya tu?

SWBF1

+++

Harapan kitaorang memang tinggi untuk game ini kerana kitaorang adalah peminat game-game dari DICE, dan juga merupakan kipas-susah-mati Star Wars. So, inilah yang kitaorang rasakan perlu ada untuk menjadikan game ini benar-benar solid. Pandangan korang macam mana pulak?

 

Comments

comments