Tahukah anda, penyatuan clan Battlefield 4 Malaysia [MAS] mempunyai kisah uniknya yang tersendiri? Banyak pengajaran sebenarnya yang boleh kita pelajari dari penyatuan ini.

Jom kita ikuti kisah panjang penuh liku komuniti gamers ini!


battlefield_3_malaysia___kuala_lumpur_loading_scre_by_privateazib-d6fo8d7

Sejarah Battlefield di Malaysia!

Komuniti Battlefield Playstation bukanlah satu komuniti gamers yang berusia setahun jagung. Kita boleh jejak penubuhan clan-clan di Malaysia ini bermula dari era Battlefield: Bad Company 2 (BFBC2). Penubuhan clan-clan paling awal yang dapat kita jejak ialah seperti Unit Tindakan Khas (UTK), Battlefield Special Forces (BSF), Harimua Malaya Regimen (HMR) & Play-Beyond.MY (PBMY).

battlefield-bad-company

Masa silih berganti. Kemudian tibalah pula era Battlefield 3 (BF3) di mana muncul clan-clan yang seterusnya menghangatkan lagi komuniti ini. Clan-clan yang tidak asing lagi adalah seperti Skuad Gagak Hitam (SGH), Against Your Army (AYAM) & WolfPack (WP).

battlefield-3

Pada ketika itu, platform clan-clan ini untuk membina empayarnya tersendiri masih lagi di Lowyat Forum, di mana setiap thread dibuat oleh clan-clan masing-masing untuk mencari recruit-recruit terbaru. Boleh dikatakan, semua clan-clan yang disebut di atas bermula dan meluaskan kuasa masing-masing menggunakan platform Lowyat Forum.

Era BF3 melabuhkan tirai, Battlefield 4 (BF4) pula membuka lembaran baru. Beberapa clan baru mula mencatat nama di komuniti ini. C4ThatTank (C4TT), N9, NKLS & KRIK adalah antara nama yang memeriahkan lagi suasana.

battlefield-4

Lebih Pahit Dari Manis…

Satu demi satu clan match yang dicetuskan antara komuniti Battlefield Malaysia membuka peluang untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Namun, disebaliknya pula, terdapat seribu satu kisah yang tidak manis untuk didengar angkara sikap berpuak-puak antara clan-clan ini.

Pertikaman lidah dan merendah-rendahkan clan lain adalah antara gambaran yang biasa disaksikan dalam komuniti ini. Akhirnya, clan-clan ini hilang begitu sahaja. Pemain-pemain aktif tanpa clan pula mula berhijrah ke clan lain bagi mencari nafas baru.

battlefield-4

Bermulanya Era Baru!

Namun, perpecahan antara clan ini bakal berubah. Sengketa-sengketa dahulu umpama forgive and forget dengan beralihnya komuniti ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Melalui inisiatif dan idea asal yang dibawakan oleh Multazam Hanafi, atau lebih selesa dengan panggilan IronMod, beliau berkata:

Semua bermula bila clan kniv dari indonesia approach clan aku (C4TT) nak cm (Clan match). start pada situ aku deal dengan wakil diorang dan aku proposed ajak buat clan match between country (mas v idn). lepas aku bincang dengan team aku, aku buat posting dekat ps4 malaysia gang and started to give my point of view about unifying all clan and play under one clan tag.

For me, might as well we unite and play together. AlhAMdulillah, bila aku buka topic pasal nak setup team mas ini, feedback sangat bagus and from there i know team mas ini can go far.

Bukan Begitu Mudah…

Namun, penyatuan ini bukanlah semudah yang kita nampak. Seperti yang semua sedia maklum, idea bernas dari IronMod ini muncul pada bulan Mac dulu – di mana clan match pertama antara Malaysia dan Indonesia diadakan.

Dengan persiapan yang sedikit tergesa-gesa, pemilihan pemain yang tidak menyeluruh, kurang memahami cara permainan dari clan-clan lain – negara kita seperti menghantar pasukan bidan terjun!

Seperti yang korang sedia maklum juga, match pada bulan Mac tersebut telah menyebabkan Malaysia kalah mudah, 3-0.

Turning Point!

Penyatuan clan MAS kembali suram. IronMod sentiasa mendapat pertanyaan, bilakah ingin diadakan rematch. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Kini, IronMod tahu, inilah masanya untuk kembali mengaum.

IronMod akhirnya memberanikan diri untuk menawarkan kepimpinan kepada leader clan UTK, Hazwan Chai atau OneChai. Sebagai leader kepada clan yang paling senior dan berpengalaman dalam komuniti ini, OneChai menyambut baik tawaran tersebut dan wakil-wakil dari UTK sanggup duduk semeja dan berbincang bersama clan newcomers ini demi menebus semula maruah komuniti BF4 Malaysia.

Sebagai leader kepada clan yang pernah mengalahkan clan IDN ketika di era BF3 dahulu, OneChai mula mengatur gerak. Pemilihan pemain dilakukan dengan lebih menyeluruh, taktikal yang lebih disiplin serta segala persiapan telah dilakukan dengan lebih teliti.

Penyatuan Bukanlah Cakap-Cakap Kosong!

Kini, clan-clan yang masih lagi aktif dan bernaung bersama di bawah clan MAS ialah C4TT, UTK, WP, AYAM, N9, NKLS & KRIK. Kesanggupan kesemua pemain-pemain berlainan clan ini untuk bergabung dalam satu clan dan berada di bawah kepimpinan dan arahan dari clan lain sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita benar-benar telah bersatu hati.

IronMod (C4TT) yang sanggup memberikan kepimpinan kepada OneChai (UTK), Paeet (C4TT) yang sponsor server untuk match, Tobeng (WP) yang menyediakan server banner dan poster – semuanya adalah beberapa bukti bahawa penyatuan clan-clan ini bukanlah hanya cakap-cakap kosong!

Setiap clan yang terlibat menunjukkan tahap professionalism yang tinggi. Masing-masing memberikan sokongan yang padu dan sentiasa memberikan tips-tips yang dapat membantu rakan-rakan seperjuangan lain meraih kemenangan.

Persiapan terakhir!

Menjelang beberapa jam sebelum match, OneChai sebagai commander pada match ini telah mengeluarkan kata-kata semangat yang menjadi bukti mutlak bahawa brotherhood antara pemain sudah semakin kuat!

Guys few hours left,
Before we start, i as commander want to wish you guys all the best. Work as MAS players. Play the objectives, dont give a damn bout your K/D.

Jangan kena squad wipe. Kalau boleh tinggal sorang, stay tunggu yang lain spawn.

Please jangan main knife. Let them hunt our dogtag, we hunt their flags.

Remember to take back our pride which was taken last March.

Scared? Yes…everybody scared. I bet IDN pun tengah goyang, because now MAS will go full flash with all yang MAS ada.

Last but not least, if we lose 1 game or whole, jangan blame anybody. We’ll improvise. In fact this is our 1st together 32 v 32 matches. So for me, still my 1st experience.

Good luck guys, baca bismillah. Salam ciom tangan mak. Jangan bagi can dengan IDN!!! Hooooahhhhh!!

Bukan Kemenangan Yang Dicari…

Seperti yang semua tahu, match tersebut telah berlangsung, dan kitaorang pun telah melaporkannya di sini. Kekalahan tersebut bukanlah kekalahan yang harus kita sedihkan. Sebaliknya, kemenangan yang sebenar ialah apabila kita mampu melupakan sengketa lama dan bersatu di bawah panji negara!

Apa yang penting, setiap pemain telah mempamerkan aksi yang bertenaga sehingga ke titisan darah yang terakhir (not literally :p). Harus diingat bahawa penyatuan clan MAS ini masih belum mencecah setahun, di mana IDN telahpun bermain bersama sejak sekian lama. Tentangan sengit yang diberikan kepada pihak lawan haruslah kita banggakan!

Memetik kata-kata IronMod pasca match tersebut:

IronMod

Ada ura-ura mengatakan bahawa ada rancangan untuk mengadakan clan match dengan clan dari Korea dan Arab. Kalau korang main Battlefield 4 di Playstation 4, bolehlah join battlelog clan MAS di sini dan Group Facebook di sini.

battlefield-4

Sistem Penggiliran!

Apabila ditanya kepada IronMod mengenai apakah sebenarnya idea asal yang bermain di mindanya tentang langkah penyatuan ini, ini balasnya:

The idea behind this unity between malaysian clans yang aku cuba create is base on mutual understanding between everyone. Upcoming cm, leadership for that particular cm rotates.

Meaning clan leaders will be given the opportunity to lead team MAS. First cm was me. Second was Wan (OneChai). Third maybe from WP, or N9 or NKLS.

Platoon mas was created for the purpose of finding good soldiers among our community. Veteran and new players will be given equal chance to prove themselves. And if kita tengok one clan founder with good strategy and can carry his/her clan good, there’s no problem for us to appoint him as the next leader to lead team MAS for upcoming cm.

That’s the whole idea and concept.

Apa Yang Cuba Disampaikan Sebenarnya?

Masyarakat masih lagi menganggap bahawa gaming adalah satu hobi yang sia-sia, tiada masa depan dan macam-macam lagi. Macamana kita nak ubah persepsi zaman batu ini dan buat diorang pandang gaming dari kaca mata yang lebih terbuka?

Ada yang mengatakan gaming sudah mula mendapat perhatian kerajaan dan pihak-pihak tertentu dalam membangunkan kerjaya sebagai seorang gamers. Tapi adakah definisi gaming hanya pada DotA dan PC gaming saja? Bagaimana pula dengan console gaming?

Dota-2-Championship-Youth-and-Sports-Ministry-Malaysia

Dengan komuniti yang besar, dan kepelbagaian game yang ada, bukankah sudah tiba masanya komuniti console gaming Malaysia bersatu untuk membawa scene kita ke tahap yang lebih berwibawa dengan suara dan pendapat yang rasional dan boleh digunapakai?

Jika benar komuniti console gaming ini lah yang banyak mengajar kita tentang kehidupan, perpaduan, semangat setiakawan; Kenapa kita masih berpuak-puak? Terlalu fanatik dengan fahaman masing-masing sehingga masuk ke dalam gaming?

Clan MAS ini mungkin kecik aje in the grand scheme of things, tapi apa yang cuba Penulis sampaikan is this; sampai bila kita semua nak berpuak-puak menegakkan pendapat dan dendam masing-masing – menjadikan komuniti kita berpecah belah dan lemah?

Mungkin sudah tiba masanya kita lupakan segala sengketa, mula dari kosong dan ambil langkah untuk melihat komuniti gamers console Malaysia sebagai sahabat dan keluarga dan bukan hanya PSN ID dan Gamertag anonymous. Mungkin dengan langkah mudah ini kita boleh mula membina komuniti gaming yang boleh kita banggakan.

This is one small step for a man, one giant leap for mankind.

– Neil Armstrong

photokopi029

Comments

comments

  • Panjang abg jiwang tulis….at least bersuratlah sejarah BF dimalaysia

    • Faiz Tobeng

      Tersebutlah kisah, Laksamana Hang Tuah… Baca buku sejarah sikit :p

  • nazrigamefreak

    bagus Aiz.teruskan..buang yg keruh ambil yg jernih,makan nasi berlaukan ikan gelama,di makn bersama ptai jawa,,walaupun clan kita tidak sama,tapi WP tetap di jiwa..

  • edzahrin

    Pergh..article bro ni memang sungguh bagus..berkobar-kobar semangat juang saya..tq..kipidap.

    • Faiz Tobeng

      Steady bro. Sama-sama kita bagi gaming kat Malaysia ni, orang pandang tinggi. Bukan benda main suka-suka je 🙂

  • Pingback: Jom Meriahkan Komuniti Battlefield 1 Malaysia, Saksikan Perlawanan RED VS NAG4 Pada Khamis Ini | JomGaming()