Anthem akan berarak ke tahun 2019.

Diumumkan pada E3 2017, Anthem merupakan game online action open-world RPG yang mengikut gaya seperti Destiny, dibangunkan oleh BioWare iaitu studio terkenal dengan siri Mass Effect dan siri Dragon Age yang dijangka akan keluar pada Disember tahun ini.

Menurut laporan Kotaku, jangkaan tarikh Disember bagi keluaran Anthem adalah ‘tidak realistik’ kerana masih lagi banyak proses pembangunan masih tidak disiapkan dan ia harus ditangguhkan untuk memberi ruang kepada pasukan di BioWare untuk menyiapkannya.

Walau bagaimanapun, EA tidak mungkin menundakan lagi game ini sebelum tiba tahun fiskal syarikat iaitu pada Mac 2019 jadi Anthem mungkin dikeluarkan sebelum bulan Mac 2018.

Apa yang kami rasakan BioWare sedang cuba fokus kepada satu per satu game terutamanya kepada Anthem terlebih dahulu untuk menebus kesilapan mereka terhadap Mass Effect: Andromeda yang banyak menerima kritikan dan cemuhan semasa pelancaran game itu pada tahun lepas.

“Jika Anthem tidak dijayakan sepenuhnya, ada kemungkinan besar bahawa BioWare kelihatan berbeza pada masa hadapan,” kata seorang pembangun dari BioWare terutamanya selepas kekecewaan Mass Effect: Andromeda yang meletakkan ramai staf BioWare merasai tekanan tinggi.

Dalam game Anthem, anda memakai exosuit Javelin seperti Iron Man sebagai seorang Freelancer dan mempertahankan kawasan anda serta menjelajahi dunia sains fiksyen berlatarbelakangkan masa pasca-apokalips.

Setakat ini, tiada lagi pengumuman atau berita rasmi dari pihak EA. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja.

JomBaca: PlayStation Kantoi Gunakan Video Gameplay Anthem Yang Ada Logo Butang Xbox One X Di YouTube

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.