3 watak lagi diumumkan lagi melalui majalah V-Jump.

Nampaknya Bandai Namco telah mengumumkan 3 watak baru bagi Dragon Ball FighterZ melalui keluaran terbaru majalah V-Jump baru-baru ini iaitu Android 21, Yamcha dan Tien.

Android 21 merupakan sebuah watak baru yang telah direka sendiri oleh Akira Toriyama dan merupakan salah seorang watak penting dalam perjalanan cerita Dragon Ball FighterZ.

Yamcha pula akan direka sebagai watak yang bertarung pada jarak dekat dengan serangan istimewa yang dikenali sebagai “Neo Wolf Fang Fist” manakala Tien pula akan mempunyai teknik pelbagai yang mampu mengelirukan lawan.

Dragon Ball FighterZ dijadualkan tiba pada Februari 2018 bagi PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: ShonenGames.

Comments

comments