Perjalanan untuk ke Sukan Asia 2018 semakin hampir.

Semalam telah berlangsungnya Pusingan Kelayakan peringkat Malaysia untuk Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang bagi game PES 2018 di NaGaming, Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh PES Malaysia. Setelah seharian dari pagi hingga ke malam bertarung, kita telah mengetahui siapakah jaguh co-op di Malaysia.

Alpha Gaming, yang terdiri daripada Mohamad NorHaikal bin Mohamad Noh dan Muhamad Khairul Bin Abdul Aziz, telah berjaya dinobatkan sebagai juara sekaligus melayakkan mereka ke Pusingan Kelayakan peringkat Asia Tenggara pula mewakili Malaysia yang bakal diadakan secara online. Sekiranya mereka cemerlang dan memenuhi satu daripada dua slot yang disediakan, mereka akan layak terus ke Sukan Asia 2018.

Dua di tengah: Alpha Gaming.

Sukan Asia pada tahun ini yang akan berlangsung di Indonesia bakal mengadakan pertandingan demonstrasi esport sebagai salah satu persediaan mempertandingkan pingat untuk esport dalam Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China kelak. PES 2018 adalah salah satu daripada enam game yang dipertandingkan dalam acara di negara seberang itu.

JomBaca: Rasmi: 6 Game Diumumkan Untuk Sukan Asia 2018, Pusingan Kelayakan Diperincikan

Dalam perlawanan final yang penuh sengit semalam, Alpha Gaming berjaya menewaskan Awat Lag, yang terdiri daripada Muhammad Hafifi bin Hamdan dan Mohd Syairazi Wazini bin Mohd Raffe. Tempat ketiga dan tempat keempat pula masing-masing diisi oleh ImpeRush (Mohamad Rusydi Idrus & Mohammad Azwan Shahmee) dan AG_Infinity8 (Mohamad Saifullah Bin Suhaimi & Muhamad Shafiq Bin Muhamad Yusof).

Dua di tengah: Awat Lag.
Dua di tengah: ImpeRush.
Dua di tengah: AG_Infinity8

Selain layak ke pusingan kelayakan peringkat Asia Tenggara, Alpha Gaming turut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM900. Awat Lag memenangi RM600, ImpeRush (RM300) dan AG_Infinity8 (RM200). Pasukan-pasukan di tempat kelima hingga kelapan turut mendapat saguhati RM50.

Hadiah-hadiah kemenangan ini adalah hasil gabungan tajaan daripada studio-studio gaming dari seluruh negara yang sentiasa menyokong komuniti PES di Malaysia.

Tahniah kami ucapkan kepada Alpha Gaming dan kami berdoa agar korang berjaya membawa nama Malaysia sebaik mungkin! Syabas juga kepada semua yang menyertai kerana tanpa sokongan dan penglibatan korang semua, sukar untuk kita sama-sama menaikkan industri esport ini.

Tak berkesempatan untuk sertai acara yang meriah semalam? Jom layan gambar-gambar yang sempat kami rakamkan di bawah:

Malaysia Boleh! Semalam berlangsung pertandingan pemilihan perwakilan Malaysia ke acara PES 2018 bagi Sukan Asia 2018….

Posted by JomGaming on 26hb Mei 2018

Untuk pusingan kelayakan bagi game-game lain seperti Hearthstone, Starcraft II dan Clash Royale, korang boleh ikutinya di sini.

Comments

comments