Nampaknya game tembak-menembak, bunuh-membunuh dan tumbuk-terajang berdarah takkan masuk ke Olimpik. Sama seperti apa dijangka sebelum ini.

Alibaba Holdings Ltd, sebuah syarikat eCommerce terbesar di China bersedia menaja USD47 juta (300 juta yuan /RM182 juta) bagi acara esports antarabangsa dan akan bekerjasama dengan pengurusan Olympic Committee dalam mengesahkan game-game yang akan dijadikan acara esports di Olimpik nanti.

Pada masa yang sama, Alibaba menyatakan mereka tidak akan menaja games yang ‘ganas dan kejam’.

Kenyataan ini dilihat akan menyekat penyertaan game-game seperti League of Legends dan PlayersUnknown’s Battleground ke Olimpik. Kedua-dua syarikat game ini ditaja oleh pesaing Alibaba iaitu Tencent Holdings Ltd di China.

Pada masa yang sama, kebanyakan game-game popular masakini seperti Overwatch, Call of Duty, DotA 2, Fortnite Battle Royale, Street Fighter V dan yang sewaktu dengannya mungkin takkan disertakan ke Olimpik atas faktor ‘ganas dan kejam’. Kitorang menjangkakan game-game berbentuk sukan yang disokong pertubuhan sukan profesional sebenar seperti FIFA, NFL, NHL, NBA, F1, dan yang sewaktu dengannya yang mungkin layak untuk disertakan ke Olimpik.

Alibaba menambah, mereka akan menganjurkan acara World Electronic Sports bagi membuktikan bahawa esports adalah satu bisnes yang sangat menguntungkan. International Olympic Commitee juga akan hadir untuk memantau acara ini untuk menentukan kelayakan acara esports ke Olimpik nanti.

Semua penerbit game akan diperlukan untuk bekerjasama dan berkongsi idea mereka supaya esports dapat disertakan ke Olimpik. Kerjasama ini adalah untuk mengenalpasti game-game yang layak dan sesuai supaya undang-undang dan peraturan gaming dapat digubal ke arah penganjuran acara esports yang diterima ramai.

JomBaca: Esports Malaysia (ESM) & Majlis Sukan Negara (MSN) Bersiap-Sedia Untuk Acara Esports Di Sukan Asia 2022 & Olimpik Paris 2024!

Kitorang melihat penglibatan Alibaba sebagai langkah positif ke arah kemajuan industri esports secara umumnya. Bagaimanapun sekatan ke atas jenis-jenis game yang dipertandingkan sedikit menjengkelkan.

Korang pula rasa macam mana?

JomBaca: Sukan Ataupun Bukan – Wajarkah Esports Dimasukkan Ke Dalam Sukan SEA, Sukan Asia Dan Olimpik?

Sumber: Bloomberg

Comments

comments