Creative director Rave Entertainment telah pun mengesahkan bahawa Alan Wake 2 bakal keluar kelak! Ini terjawab dalam sessi temubual bersama Game Informer baru-baru ini.

alan-wake-divers-isle

Didalam interview tersebut, apabila ditanya “Adakah kita akan dapat bermain Alan Wake 2?” dan  Sam Lake dari Remedy Entertainment menjawab “Ya”.

Namun begitu, tidak mungkin kita akan menikmati siri tersebut dalam masa terdekat kerana studio tersebut sedang sibuk menyiapkan game terbaru iaitu Quantum Break. Quantum Break dijangka akan dipasarkan pada 2016 nanti.

Bagi yang tidak mengenali siri Alan Wake ini, ia mengisahkan seorang penulis novel seram yang bernama Alan Wake. Beliau sendiri mengalami pengalaman misteri ketika bercuti bersama isterinya. Isteri beliau telah hilang secara tiba-tiba di sebuah bandar kecil bernama Bright Falls dan Alan Wake tekad untuk mencari kembali isteri kesayangannya.

Game yang berkonsepkan survival horror ini mendapat sambutan yang hangat dari gamers dan pengkritik umumnya. Menerima pelbagai review yang baik dan juga berjaya mengaut anugerah Editor Choice dari IGN dan No. 1 game of 2010 dari Time.

 

Comments

comments