Update bakal diberikan kepada semula pemilik Diablo III: Reaper of Souls atau Diablo III: The Ultimate Evil Edition.

diablo-00

Update ini diberikan nama sebagai The Darkening of Tristram dan boleh diakses kelak oleh pemain melalui sebuah portal. Ia akan menghantar pemain ke pekan Tristram, permulaan kepada semua bencana yang dibawa oleh Diablo.

diablo_3_retro_update-15

Kesemua boss dari Diablo akan kembali iaitu: The Butcher, Skeleton King, Lazarus, dan sudah tentu Diablo.

Menurut Blizzard, mereka akan membawa pengalaman penuh bagi rekaan semua Diablo dengan feel retro seperti grafik, audio, UI dan juga gerakan 8 arah seperti siri asal!

diablo_3_retro_update-12

Pelbagai content baru juga akan dibekalkan bersama update yang bakal tiba Januari 2017 seperti legendary gem dan transmog istimewa. Seperti diberitahu melalui Reddit, The Darkening of Tristram merupakan sebuah acara tahunan dan hanya boleh diakses pada masa yang terhad.

diablo_3_retro_gem

Ikuti temubual ringkas bersama developer Diablo oleh PC Gamer.

Patch 2.4.3, The Darkening of Tristram, adalah add-on percuma bagi Diablo 3: Reaper of Souls di PC dan The Ultimate Evil Edition di PS4 dan Xbox One.

Comments

comments