Menjelang beberapa jam sebelum pelancaran Season 5 dalam Fortnite, para pemain Asia di PS4 telah disajikan dengan satu berita yang menggembirakan. 

Setelah sekian lama menanti, hari ini, Fortnite akhirnya telah dilancarkan secara rasmi dalam PlayStation Store rantau Asia (R3) di PS4.

Sebelum ini, para pemain Asia di PS4 yang ingin bermain Fortnite, mereka terpaksa memuat-turunnya dari PS Store Amerika Utara (R1) atau Eropah (R2). Dan semestinya, bersama-sama dengan pelancaran game ini di R3, para pemain Asia juga boleh membeli Vbucks (matawang dalam game) dengan menggunakan matawang dari negara masing-masing.

Sebelum ini, sebelum dilancarkan di R3, para pemain Asia di PS4 mempunyai dua cara untuk membeli Vbucks. Pertama, membelinya dari akaun R1 atau R2 dengan menggunakan matawang dollar Amerika atau Pound. Cara kedua, pemain boleh membelinya dari platform PC atau mobile yang sedia ada menawarkan Vbucks dalam matawang ringgit Malaysia — sesuatu yang boleh dilakukan kerana Fortnite menyokong fungsi cross-play, cross-purchase dan cross-progression.

Kini, korang boleh membeli Vbucks di akaun R3, dan di bawah adalah harganya:

  • 10,000 (+3,500 Bonus) V-Bucks — RM300
  • 2,500 (+300 Bonus) V-Bucks — RM75

Selain game itu sendiri dan Vbucks yang sudah dilancarkan di R3, PS Store ini juga menawarkan beberapa kandungan lain. Untuk korang yang mempunyai PlayStation Plus, dapatkan skin PlayStation Plus Celebration Pack secara percuma.

Kalau korang nak miliki skin yang lebih kacak, bolehlah dapatkan pula Wingman Starter Pack dengan harga RM15, yang menawarkan:

  • 600 V-Bucks
  • Wingman Outfit
  • Bogey Back Bling

Untuk korang yang gemar menyunting video-video di Share Factory, jangan lupa untuk dapatkan Fortnite Theme, juga secara percuma, yang memberikan korang:

  • 1 Intro
  • 1 Outro
  • 1 Title clip
  • 9 Backgrounds
  • 3 Transitions
  • 12 Stickers
  • 6 Fonts

Permintaan kita yang ini telahpun ditunaikan. Seterusnya, Epic perlu menunaikan permintaan kita yang satu lagi, iaitu menyediakan server Asia Tenggara (SEA) untuk pengalaman gameplay online yang lebih baik dan lancar kepada para pemain rantau ini.

Mungkinkah server SEA akan disediakan dalam kemaskini yang akan keluar pada 4 petang ini? Sama-sama kita nantikan.

Jadi, kepada pemain PS4 yang tak pernah mencuba lagi Fortnite Battle Royale kerana tidak mempunyai akaun R1 atau R2, inilah masa yang korang tunggu selama ini! Download sekarang dan kecapi Victory Royale pertama korang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.