Alamak.

Ini betul-betul ke cobaan?

Akaun Twitter baru muncul pada minggu ini didakwa membawa identiti bos PlayStation, John Kodera baru dilantik sebagai CEO baru PlayStation yang sebelum ini dipegang oleh Andrew House.

Sebelum akaun Twitter ‘Kodera’ digantung, akaun itu aktif berkongsi perkara-perkara korporat Sony seperti angka jualan PlayStation 4 dan sebagainya. Selain berkongsi perihal berkenaan PlayStation, “Kodera” memberi sedikit komen tentang lambakan game berlandaskan servis dan microtransactions seperti Star Wars Battlefront II dan Overwatch.

“Kodera” membalas satu tweet daripada seorang pemain di mana beliau berjanji bahawa PlayStation akan sentiasa menghasilkan game single-player dan sentiasa berada di konsol PlayStation. Lebih-lebih lagi, komen ini juga dikongsikan sebagai berita oleh beberapa laman sesawang game terkenal seperti¬†Push Square dan Gamespot.

Bagi pendapat kami, ia agak janggal bagi orang-orang besar seperti Kodera untuk berinteraksi bersama orang melalui Twitter tetapi akaun Twitter itu juga diikuti oleh presiden Sony Worldwide Studios, Shuhei Yoshida dan beberapa pekerja Sony sekaligus memberi sekilas pandangan bahawa akaun Twitter itu dimiliki oleh Kodera sebenar.

Walau bagaimanapun, akaun Twitter John Kodera adalah tidak benar dan palsu. Perkara ini disahkan oleh Yoshida sendiri melalui Twitter beliau.

Oleh itu, kami menasihatkan pembaca kami untuk tidak percaya bulat-bulat tentang semua perkara yang anda lihat dan baca di Internet. Selamat melayari Internet!

Comments

comments