Awal pagi tadi, dua akaun media sosial rasmi PlayStation, iaitu Facebook dan Twitter dilaporkan telah digodam.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai OurMine telah sempat mengeluarkan beberapa post dan tweet sebelum pihak PlayStation kembali mendapat akses kepada akaun-akaun tersebut semula. Kesemua post dan tweet yang dikeluarkan telahpun dipadamkan kini.

Antara ancaman yang dikeluarkan dalam post itu adalah mereka mengatakan bahawa mereka telah membocorkan beberapa pangkalan data PlayStation Network dan dan meminta pekerja PlayStation untuk menghubungi mereka. Berikut adalah screenshots yang sempat diambil oleh Kotaku semasa post dan tweet itu masih lagi belum dipadamkan:

Menurut Kotaku juga, kumpulan OurMine ini jugalah yang telah berjaya masuk ke dalam akaun media sosial HBO dan Game of Thrones beberapa hari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.