Ia nampaknya bertentangan dengan undang-undang negara Rusia.

fifa-17-rainbow-laces-russia

Menurut laporan The Guardian, beberapa Ahli Parlimen Rusia telah menghubungi agensi pengawasan komunikasi negara tersebut dan meminta agar tindakan diambil ke atas FIFA 17 kerana menyokong kempen Rainbow Laces.

Rainbow Laces merupakan sebuah kempen yang dimulakan oleh Stonewall, sebuah kumpulan berpangkalan di UK yang menyokong kuat LGBT (lesbian, gay, bisexual, and transgender). EA Sports sebelum ini telah memberikan sokongan kepada Rainbow Laces ini dengan memberikan jersi berwarna pelangi percuma dalam mode FIFA 17 Ultimate Team.

Beberapa Ahli Parlimen itu telah menghantar surat ke¬†agensi pengawasan komunikasi negara, mengatakan bahawa game popular dari EA Sports itu, yang dibenarkan dimainkan oleh semua peringkat umur, “mengajak pemain untuk menyokong tindakan bola sepak liga perdana Inggeris yang juga menyokong Rainbow Laces, kempen besar yang mendukung LGBT,” kata laporan itu.

Menurut undang-undang Rusia pada 2013, propaganda seperti itu yang menyokong “non-traditional sexual” boleh memberi “kesan buruk kepada pembangunan dan kesihatan kanak-kanak”, kata surat itu.

Beberapa Ahli Parlimen tersebut turut menyatakan bahawa FIFA 17 mungkin boleh diharamkan di Rusia. Ahli Parlimennya,¬†Irina Rodnina, yang juga merupakan bekas pemenang 3 pingat emas Olimpik untuk Soviet Union, memberitahu bahawa pihak mereka perlu “mengesahkan kemungkinan untuk mengedarkan game ini dalam wilayah Persekutuan Rusia.”

“Setiap negara mempunyai undang-undang dan peraturan dalamannya; ia perlu diikuti,” kata beliau.

Seorang lagi Ahli Parlimen, Valery Rashkin mengarahkan agar EA Canada untuk menukar kod pengaturcaraan atau menaikkan had umur untuk bermain game ini, dan sekiranya mereka enggan, bersedia untuk dihalang kemasukannya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.