Kembalinya siri Age of Empires!

Setelah sekian lama siri Age of Empires berada dalam hiatus, akhirnya Relic Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan Age of Empires IV ketika di livestream di Gamescom baru-baru ini.

Melihat prestasi Relic Entertainment dalam mengeluarkan game Real Time Strategy (RTS) yang memberansangkan seperti Warhammer 40K: Dawn of War dan Company of Heroes, kami yakin siri ini diserahkan pada tangan yang betul.

Disamping itu, Microsoft juga telah mengumumkan bahawa Age of Empires II dan III akan menerima keluaran Definitive Edition, sama seperti siri asalnya yang bakal tiba pada bulan Oktober nanti.

Comments

comments