Muka hadapan siri game FIFA dari EA Sports adalah sangat sinonim dengan bintang bola sepak dunia, Lionel Messi – namun, adakah kita bakal melihat pengakhiran kepada dominasi ini?

Fifa-messi-wallpaper

Messi yang juga merupakan permata kepada kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona, mula menjadi muka hadapan FIFA sejak musim 2012/13, apabila beliau menggantikan bintang Brazil yang tidak asing lagi, iaitu Kaka.

JomBaca: Hanya Dengan Bermain FIFA, Beliau Mampu Menyara Keluarga!

Mengikut laporan yang telah dikeluarkan oleh laman web sukan-perniagaan berbahasa Perancis, Sportune, kontrak 4-tahun yang ditandatangani oleh Messi telah berakhir semasa pengeluaran FIFA 16 dan masih belum ada lagi berita mengenani penyambungan kontrak tersebut.

fifa16-3

Kemudian, terdapat pula laporan dari L’Equipe yang mengatakan, Messi bakal digantikan dengan pemain dari kelab musuh tradisi Barcelona, Real Madrid. Pasti korang menjangkakan Cristiano Ronaldo, bukan? Nampaknya tidak. Ronaldo dikatakan masih lagi mempunyai kontrak bersama pesaing utama EA Sports, Konami – di mana beliau masih lagi terlibat dengan Pro Evolution Soccer bersama Neymar.

Khabar angin yang mengatakan pemain Real Madrid akan menggantikan Messi di muka hadapan pasaran global FIFA adalah James Rodriguez. Sebagai antara pemain termahal yang pernah dibeli dalam sejarah perpindahan bola sepak serta antara bintang paling menyerlah dalam Piala Dunia FIFA 2014, James menjadi antara pilihan utama menggantikan Messi.

james-rodriguez-world-cup-2014-goal-celebration

Adakah muka hadapan sebenarnya memainkan peranan dalam keberkesanan pemasaran sesebuah game, terutamanya game bergenre sukan? Adakah korang akan melihat dahulu siapa muka hadapannya sebelum membeli game tersebut?

Kongsikan pendapat korang dalam ruangan komen di bawah!

JomBaca: Bintang NFL Travel 3 Jam Untuk Sahut Cabaran Bermain FIFA 16, Menang Besar 9-1!

Comments

comments