Lagi power untuk laptop gamers!

Acer telah memperbaharui siri laptop gaming Nitro 5 mereka kini dengan processor sehingga 8th Generation Intel® Core™ i7+!

Acer menjanjikan prestasi tanpa batasan dengan rekaan processor six-core ini ditambah lagi dengan memory Intel® Optane™. Laptop gaming dengan paparan Full HD IPS 15.6 inci ini akan turut dikuasakan GPU NVIDIA® GeForce® GTX 1050 Ti, RAM 32GB DDR4 dan SSD 512GB.

Seperti siri laptop gaming mereka sebelum ini, Nitro 5 ini direka dengan tekstur dan rona warna garang dan pencahayaan RGB bagi mereka yang masih menginginkan trend gaming dari 2017 ini. LOL

Acer Nitro 5 dijangka akan hadir ke pasaran Amerika Utara pada harga bermula USD749  (~RM2,897). Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati www.acer.com.

Comments

comments