Mungkin inilah PC gaming yang paling OP masakini!

Memperkenalkan¬†Acer Predator Orion 9000 – desktop untuk mereka yang benar-benar “gila kuasa”!

Boleh memuatkan 18-core Intel Core i9 Extreme, boleh sumbat multi-GPU samada empat Radeon RX Vega atau dua GeForce GTX 1080 Ti, boleh cucuk 128GB quad-channel DDR4 RAM – membaca specs nya aje dah buat penulis meleleh.

Semua barang-barang bangsawan ini diletakkan di dalam casing carbon fiber dengan panel-panel tool-less – korang boleh godek tanpa menggunakan sebarang alatan dengan mudah!

Dan paling tak boleh blah, ianya mampu menghasilkan paparan 8K UltraHigh Definition!

Diumumkan di IFA di Berlin, ianya akan dijual pada November (Eropah) dan Disember (AS) pada harga bermula USD2,000 (RM8533.60~) bagi spesifikasi minimum. Tiada berita lagi bila ianya akan sampai ke Malaysia, tapi korang dah bolehlah mula menabung kerana menabung itu amalan mulia.

Dah Ada Desktop, Kenalah Ada Perkakasan Yang Lain!

Acer turut mengumumkan monitor Predator X35 dengan sokongan Nvidia G-sync dan teknologi Acer HDR Ultra. Menghasilkan paparan 21:9 dengan response time 4ms pada resolusi WQHD 3,440 x 1,440. Harga masih belum diumumkan buat masa ini.

Turut diumumkan adalah gaming headset Predator Galea 500 dengan 3D sound dan gaming mouse Predator Cestus 500.

Monitor Predator X35 akan berada di pasaran menjelang suku pertama 2018. Predator Galea 500 dan Predator Cestus 500 akan mula dijual di AS November ini. Predator Galea 500 akan dijual pada harga USD300/~RM1281, dan Predator Cestus 500 pula akan mula dijual pada harga USD80/~RM341.

Come on Acer Malaysia. Bawak masuk barang-barang bangsawan ni cepat-cepat. Kitorang nak review. Nak beli? Eheheh Tak tahu bila lagi.

Comments

comments