Ramai sebenarnya yang gemarkan game splitscreen co-op.

Hazelight Studios telah mendedahkan bahawa game terbaru keluaran mereka, A Way Out kini telah terjual sebanyak 1 juta unit, hanya dalam masa dua minggu ia dilancarkan.

Ia sememangnya satu pencapaian yang amat membanggakan bagi sebuah game indie. Namun, apa yang menjadi perhatian terhadap jumlah jualan ini ialah ia EA lebih jauh daripada apa yang EA ramalkan sebelum ini.

Menurut laporan Kotaku, EA meramalkan bahawa A Way Out hanya akan terjual sebanyak 203,000 unit dalam tahun fiskal 2018 (berakhir pada 31 Mac, 8 hari selepas game ini dilancarkan) dan hanya 894,000 unit terjual secara keseluruhan.

Dalam kata mudah, A Way Out berjaya terjual lebih banyak hanya dalam masa dua minggu berbanding apa yang EA ramalkan game ini mampu terjual dalam jangka hayatnya.

Dalam review A Way Out: Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami mengatakan yang game ini mampu mengeratkan hubungan antara dua pemain melalui pengalaman gameplay yang sangat unik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.