Masih terasa kehangatan TI7, jadi penulis cuba merungkai apa yang menyebabkan The International kali ini lebih hebat daripada tahun-tahun sebelumnya!

The International 2017 telah tamat semalam dan seperti yang disangkakan, Team Liquid telah muncul juara dan menjulang Aegis keramat! Selain kemenangan Team Liquid, banyak juga faktor-faktor lain yang menjadikan The International ini lebih hebat berbanding tahun-tahun sebelumnya! Jom kita tengok:

Juara The International 2017!

1. Kemunculan Pasukan-Pasukan Baru

Kebiasaannya Valve akan mengeluarkan beberapa invite untuk ke TI. Tahun ini, invite dapat kepada enam pasukan iaitu OG, Virtus Pro, Team Liquid, Evil Genuises, Invictus Gaming dan Newbee. Selain daripada pasukan yang telah dikenali oleh ramai orang, pasukan baru turut merasai kehangatan The International contohnya Infamous, Team Empire dan Hellraisers.

2. Sejarah Pertembungan Team Liquid v Newbee Telah Berulang

DotA 2 The International 2016 Bracket
DotA 2 The International 2017 Bracket

Baru-baru ini pada 13 Ogos, sejarah perlawanan antara Newbee dengan Team Liquid telah berulang. Penulis tidak sangka mereka akan berjumpa lagi kerana pada TI6 mereka bertarung pada lower bracket dan pada TI7 kali ini, kedua-dua pasukan telah bertembung di peringkat Final. Keputusan sepertimana dijangkakan ramai – Team Liquid muncul Juara The International 2017!

3. Kebangkitan Kuasa China

Penyertaan pasukan daripada negara China lebih banyak pada tahun ini. Mereka adalah Newbee, Invictus Gaming, Invictus Gaming Vitality, LGD Gaming dan LGD Forever Young. Penulis rasa pasukan-pasukan ini mendominasi The International 2017 kali ini dan mereka menunjukkan bahawa Chinese DotA boleh pergi jauh dalam patch ini.

4. Beberapa Hero Baru Diumumkan

Pada hari ke-5, Valve telah mengumumkan dua hero baru yang akan datang untuk menyertai hero-hero lain dalam Dota 2. Seperti The International 2016, mereka mengumumkan kedatangan Underlord, tetapi kali ini di TI7 mereka mengumumkan dua hero baru. Penulis hanya boleh bagi tahu bahawa hero baru ini berasaskan dari Armadillo yang menggunakan pedang dan lagi satu hero seperti Nymph Fairy.

5.  Teknologi Kepintaran Buatan (A.I.) Dari Syarikat Elon Musk Muncul

Semasa pelancaran TI7 berlangsung, Valve telah memperlihatkan satu gameplay yang baru dan ada kena mengena dengan bot. Syarikat start up Elon Musk yang menyelidik Artificial Intelligence(AI) telah tampil untuk mempamerkan teknologi bot A.I. mereka dengan berlawan dengan pemain profesional DotA 2. Hampir semua pemain yang berlawan dengan AI ini kalah kerana ia bersifat progressive learning. Menarik!

6. Prize Pool Paling Tinggi Dalam Mana-Mana Pertandingan Esport Setakat Ini

Hadiah wang tunai keseluruhan pada tahun ini adalah lebih AS$24.7 juta. Walaupun prize pool TI7 lebih AS$1 juta daripada TI6, ia menjadi satu impak besar untuk membuktikan Dota 2 adalah satu permainan e-Sports yang berjaya mengawal pasaran pertandingan dunia gaming. Juara (Team Liquid) memenangi sebanyak AS$10,000,000++, manakala tempat kedua (Newbee) lebih AS$3,800,000 dan tempat ketiga (LFY) sebanyak AS$2,500,000.

7.  All Star Game Kekal Menghiburkan Tapi Hanya 5v5

Kebiasaannya Dota 2 All Stars membabitkan perlawanan 10v10 tapi pada tahun ia hanya 5v5. Team Radiant terdiri daripada Sumail (EG), Kuroky (Team Liquid), Boboka (IG), s4 (OG) dan Ramzes666 (VP).

Team Dire pula dianggotai oleh Miracle (Team Liquid), Kaka (OG), Solo (VP), N0Tail (OG) dan Universe (EG). Mereka mempamerkan suasana permainan yang sangat menarik untuk ditonton kerana memilih hero yang jarang digunakan.

8. Komen-Komen Peminat

Peminat ramai mengatakan bahawa TI7 pada tahun ini adalah salah satu kejohanan yang paling teruk. Tapi kenapa mereka berkata begitu? Bagi penulis, pasukan yang menyertai pertandingan ini berusaha keras untuk capai ke tahap mereka sehingga kini. Kekecewaan terhadap pasukan China yang tidak perform pada Final memberi impak kepada ramai orang bukan sahaja di media sosial tetapi kepada sahabat penulis juga.

Prestasi semua pasukan bertanding menunjukkan bahawa mereka mencuba sedaya upaya untuk memuaskan permintaan peminat dan juga untuk menjadi Pasukan Profesional Dota 2 Nombor 1  di dunia. Penulis faham beberapa pertarungan berakhir dengan keputusan yang menyedihkan tetapi penulis dapat rasakan mereka telah melakukan yang terbaik untuk peminat dan diri mereka sendiri.

Akhir Kata

Korang pulak macam mana? Adakah tournament The International 2017 ini paling hebat pernah korang saksikan setakat ini? Apa yang best atau tak best di mata korang? Kongsikan dengan kitorang.

Akhir kata, tahniah kepada Team Liquid dan kepada Kuroky yang selama ini menanti Aegis selepas 7 tahun!

Comments

comments