Booth Infinite Carnage (InC) merupakan booth terbesar di AniManGaki 2017 nanti dan pelbagai aktiviti dari 8 mini booth menarik menanti korang! Komik ada, t-shirt ada, game pun ada dan macam macam lagi! Hmm, jom tengok apa je yang ada eh?

 1. Allstars Arena

Sebanyak 3 video game berasakan PS4 di Allstar Arena akan mengadakan pertandingan amatur Guilty Gear Xrd Rev 2 (GGXR2), Ultimate Marvel Vs Capcom 3, (UMvC3) dan juga Tekken 7 (T7).

Dengan kolaborasi antara komuniti Guilty Gear Malaysia (GGMY), Malaysian Tekken Society (MTS) dan Hitbox Gaming akan membawa salah satu pertandingan dengan hadiah-hadiah yang lumayan. Champion T7 akan ditaja ke SEA Major di Singapura Oktober ini oleh Bandai Namco sendiri! Jom tengok apa hadiah hadiah yang akan diberi.

Tekken 7

Tempat Pertama – Tiket penerbangan dan kemasukan ke SEA Major di Gamestart 2017, Singapura, wang tunai RM200, hard drive Western Digital (WD) Passport, keyboard Armageddon, Avast Antivirus dan trofi

Tempat Kedua –  Wang Tunai RM100, headphone Armageddon, Avast Antivirus dan trofi.

Tempat Ketika – Wang Tunai RM50, mouse Armageddon, Avast Antivirus dan trofi.

GGXR2 dan UMvC3

Tempat Pertama – Wang tunai RM200, hard drive Western Digital (WD) Passport, keyboard Armageddon, Avast Antivirus dan trofi.

Tempat Kedua –  Wang Tunai RM100, headphone Armageddon, Avast Antivirus dan trofi.

Tempat Ketiga – Wang Tunai RM50, mouse Armageddon, Avast Antivirus dan trofi.

Penyertaan akan ditutup pada 11.30 Malam 18 Ogos 2017. Nak try? Korang boleh register di link ini!

2. JomGaming

Mesti ramai teringin tengok rupa Abam Apam yang benar bukan? Ini kalilah korang boleh bermain game bersama Abam Apam! Kalahkan Abam Apam dan menangi loots merchandise dari Abam Apam sendiri. Sebanyak 3 sesi game ini akan di adakan pada pukul 10am, 2pm, 5pm di kedua-dua hari! Jangan cakap kitorang bojio pula.

3. Inzane Racing – Racing Simulator

Nak vroom vroom di 200km/h tanpa merisiko kan nyawa anda? Dengan fizik dan simulator yang benar korang boleh merasa membawa kereta di litar-litar sekeliling dunia? Korang boleh merasakan membawa kereta lumba simulator di sini dengan harga RM15 untuk 5 minit!

4. Hitbox Gaming – VR Summer Lessons: Hikari Miyamoto

Notice me senpai! Siapa tak kenal dengan sweetheart VR, Hikari dari Summer Lessons? Ini lah peluang anda untuk merasa mengajar Hikari dalam mode VR. Hanya RM5 untuk 20 minit!

5. Final Fantasy Trading Card Game Impulse Gaming

Adakah deck korang cukup menakjubkan untuk mengalahkan opponent korang? Tak pernah tengok FF TGC? Ha ini lah masanya nak merasa dan melihat cara berlawan FF TCG, bukan takat main dekat video game dia je tau!

6. Western Digital – Magical Bingo Hunt

Apa yang korang harus buat adalah bermain beberapa game Tekken 7 di PC dan dapatkan cop dari mini booth Western Digital yang berada di InC. Ha, senang je kan nak menang free free? Usaha lebih dapat lebih!

7. Viewsonic dan Warlord

Meh duduk di sini! Rasakan kesedapan kerusi gaming Warlord dan kecantikan resolusi monitor Viewsonic. Menangi salah satu daripada kerusi Warlord ini dari cabutan bertuah di AMG!

8. Gryntee

Gryntee merupakan salah satu sponsor dan vendor t-shirt kepada InC akan membuka booth menjual t-shirt denga design tersendiri oleh InC! JomGaming juga akan menjual 2 design t-shirt di inspirasikan oleh video game Overwatch! Hanya ada 40 helai, siapa cepat dia dapat!

Ini baru booth booth di InC, hanya secebis dari apa yang bakal ada di AMG. Bayangkan lagi aktiviti dan lebih dari 47 booth yang menarik menanti korang di AMG! Untuk mengetahui lebih tentang AMG korang boleh lihat di sini.

Comments

comments