Menewaskan Counter Strike: Global Offensive yang telah lama berada di kedudukan ke-2 dahulu.

Tidak dapat dinafikan bahawa Playerunknown’s Battlegrounds telah mendapat perhatian ramai terutamanya dalam komuniti PC. Menurut SteamSpy, Bluehole Inc baru-baru ini telah berjaya menjual sebanyak 7 juta unit sejak ia diterbitkan pada bulan Mac yang lepas.

Disamping itu, Playerunknown’s Battlegrounds telah berjaya mengambil tempat ke-2 Tertinggi Jumlah Pemain Dalam Steam yang sebelum ini telah lama dipegang oleh Counter Strike: Global Offensive iaitu sebanyak 628,489 pemain.

Pada waktu penulisan, Playerunknown’s Battlegrounds juga telah memegang tangga teratas dalam carta Top Seller di Steam.

PlayerUnknown’s Battlegrounds buat masa ini boleh didapati di Steam Early Access dengan harga RM74.99. Ia dijadualkan akan dikeluarkan kemudian pada tahun ini di PC dan Xbox One serta juga di PS4 pada tarikh yang masih belum diketahui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.