Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, Konami akan mengeluarkan tenaga mereka sepenuhnya di acara tahunan Gamescom untuk berkongsi lebih lanjut tentang siri PES.

Terkini, PES 2018 telah disajikan dengan pelbagai info dan trailer baru, sama ada yang sudah kita jangkakan, serta beberapa perkara yang mengejutkan. Jom kita tengok!

Trailer Baru

Sebuah trailer baru telah dikeluarkan bersempena dengan Gamescom 2017. Secara ringkas, tiada perkara-perkara baru kelihatan dalam trailer ini, selain beberapa aksi yang telah kita saksikan dalam trailer-trailer sebelum ini.

Apa-apa pun, sebagai peminat setia siri PES, pasti korang akan teruja apabila menonton trailer terbaru ini. Jom layan:

Trailer Untuk Legends Dalam myClub

Selain trailer umum yang korang dah tonton di atas, Konami juga mengeluarkan sebuah lagi trailer. Ia memfokuskan kepada pemain-pemain Legends yang akan ditampilkan ke dalam mode myClub.

Antara nama besar yang diperkenalkan ke dalam trailer ini adalah Michael Zorc, Norbert Dickel, Robbie Fowler, Ian Rush, Michael Owen dan banyak lagi, di samping Diego Maradona dan David Beckham yang telah didedahkan sebelum ini. Jom layan trailer ini:

Segala Info Tentang Versi Demo

Saat yang dinanti-nantikan, Konami telah mendedahkan segala info yang kita perlu tahu tentang versi demo PES 2018. Ia akan boleh dimainkan pada 30 Ogos ini secara percuma di PC, PS4, PS3, Xbox One dan Xbox 360.

Seperti yang telah kami jangkakan sebelum ini, 12 pasukan akan dibawakan ke dalam versi ini, iaitu FC Barcelona, Borussia Dortmund, Liverpool FC, Inter Milan, Sc Corinthians, Flamengo, Boca Juniors, Riverplate, dan Colo Colo, serta tiga pasukan kebangsaan, iaitu Argentina, Brazil dan Jerman.

Dua game mode yang akan ditampilkan adalah Exhibition Match dan Co-Op (hanya di PC, PS4 dan Xbox One). Seperti mana-mana versi demo sebelum ini, semua mode adalah offline.

Dua stadium yang boleh dipilih nanti pula adalah Camp Nou dan Signal Iduna Park.

PES League World Tour 2018 Bermula Akhir Tahun Ini

Kempen kejohanan kompetitif rasmi dari Konami untuk musim 2018 akan bermula pada akhir tahun ini. Selain pertandingan tradisional 1v1 yang diadakan sebelum ini, mereka buat pertama kali pada tahun ini akan memperkenalkan pertandingan Co-Op 2v2.

Konami juga mengeluarkan trailer untuk mengimbas kembali apakah yang berlaku sepanjang musim 2017 PES League:

Senarai Lengkap Lesen

Seperti biasa, menjelang pelancaran siri PES baru, Konami akan mendedahkan secara lengkap apakah pasukan-pasukan yang mendapat lesen. Tiada lesen-lesen yang mengejutkan memandangkan mereka telah melakukan promosi sejak PES 2018 pertama kali telah didedahkan.

JomBaca: Konami Lancarkan Trailer PES 2018 Terbaru, Fokus Kepada Liga Dan Pasukan Kebangsaan Argentina

Mungkin sedikit mengejutkan apabila empat pasukan kebangsaan, yang ia tidak mendapat lesen dalam PES 2017, telah diumumkan sebagai antara pasukan yang mendapat lesen dalam PES 2018, iaitu Belgium, England, Poland dan Wales.

Korang boleh lihat senarai penuh lesen yang terdapat dalam PES 2018 di sini.

NVIDIA Ansel

Berita baik buat korang yang bakal bermain PES 2018 di PC. PES 2018 versi PC akan menampilkan NVIDIA Ansel – yang mana ia akan memudahkan korang untuk mengambil screenshot-screenshot dalam game dengan lebih bebas dan mudah. Gunakan filter-filter berwarna yang menarik, serta dapatkan sudut terbaik screenshot dengan lebih mudah.

Berikit adalah video yang menunjukkan bagaiman fungsi ini akan ditampilkan ke dalam PES 2018 beserta beberapa contoh screenshot:

PES 2018 akan dilancarkan sepenuhnya pada 14 September 2017 di PS4, PS3, Xbox 360, Xbox One dan PC.

JomBaca: PES 2018: Saksikan Gameplay Versi Demo, FC Barcelona Menentang Borussia Dortmund

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.