6 pasukan ini sahaja – jangan tersalah pilih!

2 hari lalu, kami telah melaporkan tentang PES League 2v2 Tournament Asia Finals Рsebuah kejohanan 2v2, disokong penuh oleh Konami, yang bakal dianjurkan di Bangkok, Thailand. Kami telah bercerita panjang lebar tentang segala info yang korang perlu tahu tentang kejohanan yang berprestif ini, dan korang boleh bacanya di sini.

Terbaru, Konami melalui PES Malaysia telah mengumumkan bahawa dalam kempen kejohanan ini, hanya 6 pasukan yang dibenarkan untuk para pasangan pilih daripadanya. Bermakna, dari pusingan kelayakan di 4 rantau di Malaysia, kemudian Grand Finale peringkat Malaysia di Kuala Lumpur, serta sehinggalah ke Asia Finals di Thailand – para pasangan diberikan pilihan untuk memilih salah satu daripada 6 pasukan ini sahaja.

6 pasukan tersebut adalah:

  • Liverpool FC
  • FC Barcelona
  • Colo-Colo
  • Boca Juniors
  • River Plate
  • SC Internacional

Buat masa ini, PES Malaysia masih belum membuka pendaftaran untuk pusingan kelayakan tersebut. Sementara menunggu, pastikan korang dah daftarkan nama korang di PESMalaysia.com.

JomBaca: Penjaga Gol, Pertahanan AI Dan Foul Antara Yang Akan Diperbaiki Dalam Kemaskini Akan Datang PES 2018

Comments

comments