Info telah dikongsi oleh BioWare baru-baru ini.

mass-effect-andromeda-06

Menurut BioWare, Mass Effect: Andromeda merupakan dunia paling besar pernah mereka bangunkan dan pemain akan berpeluang untuk melakukan eksplorasi dalam dunia open-world terbabit. Dibahagikan kepada planet-planet yang pelbagai saiz, pemain-pemain akan dapat melihat variasi muka bumi, cuaca serta makhluk-makhluk yang mendiami setiap planet-planet dalam galaksi Andromeda.

Bercakap dengan GameInformer, BioWare yakin keluaran terbaru siri Mass Effect ini pasti akan mengejutkan peminat-peminat siri tersebut.

1. Melaksanakan Loyalty Missions

mass-effect-andromeda-07

Ya, loyalty mission akan kembali seperti dalam Mass Effect 2. Ini adalah antara permintaan yang paling hangat dalam komuniti Mass Effect umumnya kerana ia membawa cerita sampingan pada latar belakang watak-watak bantuan yang membantu pemain untuk menjadi lebih tertarik pada dunia Mass Effect. Seperti siri sebelumnya, loyalty mission juga adalah optional tetapi pastinya akan membawa pemain ke kawasan-kawasan yang unik dan menarik untuk dilawati.

2. Eksplorasi planet dengan Nomad

mass-effect-andromeda-08

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, planet-planet yang bakal dilawati oleh pemain adalah sangat luas, ini menyebabkan pemain memerlukan Nomad sebagai kenderaan eksplorasi. Serupa dengan kenderaan Mako dalam siri trilogi, Nomad akan mempunyai pelbagai kebolehan yang tersendiri untuk membantu pemain dalam ekspedisi ini.

mass_effect_andromeda_nomad_collectors_edition_promo_1

Baru-baru ini, BioWare turu mengeluarkan berita mengenai 2 versi Collectors Edition untuk Mass Effect: Andromeda yang memberikan peminat untuk memiliki Nomad versi replika atau pun versi RC.

3. Menjejaki Drop Zones

Setiap kali memasuki kawasan untuk diterokai, pemain perlu mencari kawasan yang dikenali sebagai drop zone yang membantu pemain untuk mencari kawasan-kawasan menarik dan berguna. BioWare turut menyatakan bahawa pemain pasti akan menerima kejutan apabila keluar daripada kawasan-kawasan ini kerana mereka mahukan pemain untuk melakukan eksplorasi dalam Mass Effect: Andromeda dan bukan sekadar mengikut titik fokus yang ditanda dalam peta. Ini juga antara faktor mengapa mereka memberikan Nomad, untuk memudahkan pemain melakukan eksplorasi dalam dunia yang luas.

4. Menewaskan markas musuh

mass_effect_andromeda_november_screenshots_1-600x338

Seperti dapat dijangkakan, pasti akan ada pihak-pihak yang ingin membahayakan rombongan angkasa ini dan pemain akan menemuinya dalam setiap planet-planet yang bakal dilawati. Biasanya, markas-markas ini akan mengambil masa untuk ditewaskan kerana pemain akan menerima tentangan yang agak hebat dan pada masa yang sama menyeronokkan. Serangan pada markas-markas musuh ini juga adalah tidak wajib dilaksanakan tetapi mempunyai beberapa kaitan dalam penceritaan dunia Mass Effect: Andromeda.

5. Pertarungan-pertarungan epik

mass-effect-andromeda-09

Setiap planet-planet ini juga akan diduduki oleh makhluk-makhluk unik yang bertindak sebagai Super-Boss; di mana akan memberikan pemain pelbagai ganjaran yang memuaskan. Untuk menewaskan Super-Boss ini, pemain pastinya perlu berlatih untuk efisien dalam pertarungan dan pada masa yang sama mempunyai taktik yang bersesuaian.

6. Scanning

mass-effect-andromeda-05

Sebuah lagi ciri dari siri trilogi asal, scanning kembali dalam Mass Effect: Andromeda. Kali ini, aktiviti ini membantu pemain untuk mencapai teknologi-teknologi baru dari galaksi Andromeda dan gunakan ia untuk membina armor dan senjata yang lebih mantap dan berkuasa.

Mass Effect: Andromeda akan diterbitkan pada 2017 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.