Game ini tak menunjukkan tanda untuk berhenti.

Grand Theft Auto V sememangnya raja segala-galanya. Walaupun dikeluarkan pada tahun 2013, ia sentiasa lagi berada di carta jualan antara tertinggi setiap bulan di mana-mana platform sekalipun.

Terbaru, setelah lima tahun dilancarkan, Rockstar telah mengumumkan sebuah lagi edisi terbaru untuk game ini. Digelar GTA V Premium Online Edition, edisi ini adalah lengkap untuk korang yang baru sahaja ingin bermain game ini, tetapi tidak mahu ketinggalan dalam mode online yang mana kebanyakan pemain telah menjadi ‘jutawan’.

Berharga RM424, dan dikeluarkan hanya untuk PC, PS4 dan Xbox One, edisi ini disertakan dengan 1 juta GTA$ (matawang dalam game) bersama-sama dengan pelbagai lagi kandungan online yang korang lihat di bawah:

Criminal Enterprises Starter Pack Contents:

Properties:

  • Maze Bank West Executive Office
  • Paleto Forest Gunrunning Bunker
  • Senora Desert Counterfeit Cash Factory
  • Great Chaparral Biker Clubhouse
  • 1561 San Vitas Street Apartment
  • 1337 Exceptionalists Way 10 Car Garage

Vehicles:

  • Dune FAV
  • Maibatsu Frogger
  • Enus Windsor
  • Obey Omnis
  • Coquette Classic
  • Turismo R
  • Pegassi Vortex
  • Huntley S
  • Western Zombie Chopper
  • Banshee

Weapons, Clothing & Tattoos:

  • Compact Grenade Launcher
  • Marksman Rifle
  • Compact Rifle
  • Stunt Race & Import / Export Outfits
  • Biker Tattoos

Apa kata korang tentang edisi ini? Berbaloi untuk dapatkan?

Comments

comments