Seperti yang diketahui, PES 2016 (eksklusif untuk PS4) mempunyai feature di mana korang boleh meng-import images untuk mengubahsuai logo dan jersi kelab-kelab yang tidak mendapat lesen.

pes-alonso-liverpool-2005-1

Untuk melakukan pengubahsuaian ini, ia tidaklah sesukar yang disangka. Jom kami tunjukkan langkah-langkah mudah tersebut:

1. Download Kit Packs

Sudah pasti, korang memerlukan logo dan jersi (kit packs) yang telah disiap-reka. Terdapat banyak laman web yang menyediakan kit packs ini. Untuk mendapatkan kit-kit bagi kelab-kelab dari Eropah, kami lebih gemar mengambilnya dari PESWorld. Manakala, kalau korang ingin mendapatkan logo dan jersi bagi pasukan-pasukan Liga Malaysia, korang boleh dapatkannya daripada Alpacino Cilox.

2. Sediakan USB Drive

USB Drive diperlukan untuk memindahkan kit-kit ini dari PC/laptop ke dalam PS4. Pastikan USB drive tersebut adalah berformat FAT32 kerana PS4 tidak akan dapat mengesan USB drive selain daripada FAT32.

ps4-usb-fat32

3. Buat Folder WEPES

Korang buatkan satu folder dalam USB drive tersebut dan namakannya ‘WEPES’. Kemudian, barulah masukkan semua kit-kit tersebut yang sudah di-download tadi ke dalam folder WEPES itu. Kalau korang tak buat folder ini, PS4 tidak dapat mengesan kit-kit tersebut walaupun dah dimasukkan ke dalam USB drive.

pes-ps4-folder-wepes

4. Import Images

Selepas korang cucukkan USB drive ke PS4, dalam PES 2016, pergi ke Edit Mode > Data Management > Import Images. Kemudian, pilihlah sama ada korang mahu import gambar untuk Strip, Team Emblems, Competition Emblems atau Manager Photo. Korang import logo dan jersi yang ingin korang masukkan itu.

pes-ps4-import-images

5. Paste Image Ke Pasukan Kegemaran

Pergi semula ke menu Edit Mode > Teams, kemudian pilihlah pasukan mana yang ingin korang ubahsuai.

  • Untuk memasukkan logo pasukan, korang pilih Emblem dan Paste Image.
  • Untuk memasukkan jersi pasukan, pilih Strip. Kemudian korang akan diberi pilihan iaitu Outfield Player’s 1st (Home), Outfield Player’s 2nd (Away) dan Goalkeeper’s 1st. Seterusnya, pilih Paste Image dan pilih jersi bagi pasukan tersebut.

Untuk tambahan, kadang-kala, nombor yang terdapat di jersi selepas proses Paste Image itu tidak mempunyai warna yang sebenar. Jadi, korang kena ubah sendiri warna yang sepatutnya di Markings.

pes-ps4-edit-mode

Selepas siap korang buat semua itu, TADAA! Korang dah pun siap melakukan pengubahsuaian untuk pasukan kegemaran korang. Selamat mencuba!

pes-game-plan-selangor-pahang

JomBaca: PES 2016: Boleh Beli or Boleh Blah?!

Comments

comments