Apa yang berlaku di sekitar dunia eSports global pada tahun 2016?

Tahun 2016 merupakan tahun yang cukup memberikan impak yang besar kepada dunia gaming, terutamanya dalam industri eSports. Terbaru, SuperData, sebuah organisasi yang membuat kajian terhadap industri ini, telah mengeluarkan laporan mereka mengenai apa yang berlaku sepanjang tahun 2016.

Berikut adalah 5 detik, fakta, penglibatan, jangkaan dan perkara-perkara yang berlaku sekitar dunia eSports di peringkat global yang dicatatkan oleh laporan SuperData ini.

1. Pasukan Sukan Terkemuka Mula Melabur Dalam eSports

Philadelphia 76ers telah membeli Team Dignitas dan Team Apex, menandakan pengambilalihan besar pertama dalam dunia tradisional sukan/eSports.

Selain itu, Axiomatic, yang memiliki pasukan seperti L.A. Dodgers dan Washington Wizards, membeli majoriti saham dalam Team Liquid.

Tidak dilupakan, pasukan-pasukan bola sepak terkemuka dunia iaitu Paris Saint-Germain, Manchester City, Ajax, Valencia dan Schalke FC telah membangunkan bahagian eSports mereka sendiri.

2. Overwatch & Rocket League – 2 Game Fenomena Terbaru Dalam eSports

Dengan pengambilalihan Major League Gaming oleh Activision Blizzard, kita seterusnya mendapatkan sebuah game eSports yang sangat menarik. Overwatch, siapa yang tidak kenal dengan game yang banyak memenangi anugerah “Game of The Year” pada tahun 2016 ini, seterusnya menjadi fenomena eSports global.

Datang dari sebuah game indie yang dilancarkan pada 2015, Rocket League menjadi sebuah arena eSports yang mendapat perhatian ramai pada tahun 2016. Rocket League telah melancarkan dua musim kejohanan yang menawarkan jumlah kemenangan terkumpul sebanyak USD180,000.

3. DotA 2 & LoL Masih Lagi Mendominasi eSports

Dua game genre MOBA yang cukup popular di seluruh dunia ini, masih lagu mengungguli arena eSports global. DotA 2 telah menawarkan hadiah terkumpul sepanjang tahun 2016 sebanyak USD20.8 juta, manakala League of Legends (LoL) pula menawarkan USD5.1 juta.

4. Rantau Asia Ungguli Dunia eSports

Menurut laporan SuperData ini, Asia mengungguli pendapatan eSports di seluruh dunia dengan USD328.6 juta, diikuti dengan Amerika Utara (USD275.2j), Eropah (USD269.5j) dan lain-lain rantau (USD19.1j).

Rantau Asia juga jauh meninggalkan rantau-rantau lain berdasarkan jumlah penonton eSports. Rantau Asia mengumpulkan penonton sebanyak 124.8 juta, Eropah (45.6j), Amerika Utara (38.5j) dan lain-lain rantau (4.9j).

5. Pendapatan eSports Dijangka Meningkat Ke USD1.4 Billion Menjelang 2019

2016 telah mencatatkan pendapatan eSports global sebanyak USD0.9 billion. Ia dijangka meningkat kepada USD1.1 billion pada 2017, USD1.2b (2018) dan USD1.4b (2019).


Sememangnya tahun-tahun akan datang bakal membawa industri eSports ke satu tahap yang lebih tinggi. Dengan penglibatan anda sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, ia pastinya sedikit sebanyak akan memberikan definisi baru eSports kepada masyarakat umum dunia.

Oleh itu, majulah eSports untuk dunia!

Comments

comments