April Fool’s Day mungkin dah berlalu. Tapi kitorang masih tak boleh move on dari melihat koleksi lawak April Fool’s dari developers game sedunia!

  • Final Fantasy XIV

Square Enix akhirnya menawarkan kepada kita apa yang kita semua mahukan. Final Fantasy XIV Online Go yang memberikan pengalaman AR (Augmented Reality) kepada kita. Korang boleh pergi ke laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  • Rocket League 

Nampaknya kehadiran topi-topi pelik telah tersangkut dalam mode “Embiggened” untuk masa terhad dalam acara April Foolish.

  • Enlisted

Masalah dengan kebanyakan game battle royale sekarang adalah mereka tidak item dan senjata yang menarik dan gila-gila. Tapi Cuisine Royale ada.

  • CD Projekt Red

  • Razer

Lepas ni mungkin Razer boleh keluarkan air minuman tenaga Venom Booster.

  • Path of Exile: Royale

Satu lagi game yang akan memasuki genre battle royale.

  • Warframe

Jika korang mahukan makhluk pelik sebagai rakan yang akan membantu korang memburu setiap hari dan setiap malam, maka ini adalah benda yang terbaik untuk korang.

  • Pokemon

Team Rocket telah mengambil alih kesemua saluran rasmi Pokemon hari ini, termasuklah akaun Twitter demi merampas Pikachu.

  • GeForce

Mereka telah membuka Academy of Gaming.

  • Let It Die

Uncle Death sekarang sedang mempelajari bagaimana untuk hidup dan cinta dalam dunia ini.

  • PlayStation

Adaptasi game board secara rasminya diumumkan. Korang boleh lihatnya di sini.

  • PlatinumGames

Korang pernah teringin nak jadi presiden PlatinumGames di rumah? Kini korang boleh lakukannya.

  • Project Eevee X Tekken

Eevee akan bertarung dalam Tekken.

  • World of Warcraft

Blizzard telah memberikan hadiah kepada kita, tapi dalam masa yang sama menyumpah kita semua dengan sejumlah besar acara-acara kecil, sesetengahnya mempunyai garis masa yang berbeza.

  • Street Fighter

Street Fighter kini hadir dalam bentuk game kad.

  • Rock Band 4

  • Shovel Knight

Shovel Knight 64 kini berada dalam pembangunan.

  • Payday

Ingat tak masa dulu-dulu semuanya ada kartun throwback? Nampaknya korang boleh tonton rancangan kartun Payday.

  • Horizon: Zero Dawn

Bantal peluk khas untuk peminat fanatik Horizon: Zero Dawn.

  • League of Legends

League of Legends menawarkan kepada peminat dengan skins “April Foods”.

  • Pokemon Go

Akhirnya game ini akan mendapat kemaskini grafik terbaru yang lebih nostalgia.

  • Smite

Karakter terbaru akan hadir dalam Smite.

  • Blizzard Entertainment

Setelah sekian lama, akhirnya kita akan mendapat permainan menari yang kita nanti-nantikan.

  • Final Fantasy: Brave Exvius

Menambah sebuah dimensi baru dalam video game kemungkinan adalah susah, dan mungkin sesetengah orang mungkin tak percaya yang game ini adalah benar.

  • Farming Simulator

Ada sesuatu yang membuatkan Commodore 64 menjadi lebih baik dan lebih misteri, dan Farming Simulator cuba untuk kembali ke zaman itu.

  • Stronghold 

Game strategi PC akhirnya akan hadir ke game konsol.

  • For Honor

Dengan menyamar di bawah nama “new game mode”. For Honor telah mencipta apa yang kelihatan seperti scenario Twitch Plays. Korang boleh tontonnya di sini.

  • Remedy Games

Kopi lebih menyeronokkan dari games.

  • Minecraft

Mereka sedang “cuba” untuk membetulkan tekstur game supaya kelihatan lebih “bagus” dari yang sebelumnya.

  • Beamdog

Pembangun Baldur’s Gate Enhanced Edition sedang melakukan penstriman untuk game khas Dating and Dragons.

  • Hearthstone

Sekarang korang boleh bermain Hearthstone dengan bahasa baru iaitu Nerglish. Ia adalah bahasa yang dipertuturkan oleh Murloc. “lglglglmgrmrl”. Ketahuinya dengan lebih lanjut di sini.

  • Need For Speed

Selalu korang main game racing mesti tahu nak laju jer. Cubalah perlahan sikit! Ambik kau! NFS bagi korang semua perlahan dengan kesesakan lalu lintas.

  • War For The Overworld

Pembangun kepada game strategi dark lord telah mengumumkan game visual novel April Fool-y iaitu Dungeon Hearts dan korang boleh bermainnya.

  • War Thunder

Pembangun kepada game pertempuran kereta kebal telah mengumumkan game baru iaitu Silent Thunder di mana korang boleh memandu kapal selam.

  • Far Cry 5

Seekor anjing membawa senapang kesana kemari.

  • Sonic the Hedgehog

Barang-barang menarik untuk peminat Sonic.

  • Total War

Total War juga akan menyertai battle royale.

  • Ubisoft

Korang boleh menggodam ke dalam laman web Uplay dengan “admin_console” seperti Watch_Dogs.

  • No Man’s Sky

Subreddit r/NoMansSkyTheGame kelihatan agak berbeza apabila laman itu telah dipenuhi dengan kepala Sean Murray dan pengunjung boleh menggerakkan cursor ke arah mereka untuk menghilangkannya.

  • VerminitideGame

Kerillian mendapat pengubahan tingkah laku dengan DLC Verminitide 2.

  • Kingdom Come: Deliverance

Kingdom Come: Deliverance akan menambah loot boxes dan horse skins.

  • Black Mesa

Black Mesa telah mengumumkan sistem loot boxes ke dalam game battle royale.

  • Mega Man 11

Robot Master dalam Mega Man 11 telah didedahkan.

  • Guild Wars 2

Guild Wars kini mempunyai kemaskini terbaru.

Ada yang kitorang terlepas? Kongsikan di ruang komen tau!

Comments

comments