Bagi peminat game indie, berikut merupakan senarai 39 game indie yang akan dikeluarkan pada tahun 2018:

1. Griftlands 

Ini merupakan game RPG yang kelihatan seperti Final Fantasy. Bertemakan sains fiksyen dan protagonis merupakan seorang lanun dan tentera upahan. Perundingan dan pertempuran akan menjadi elemen yang penting dalam game ini.

2. No Truce With The Furies

Sebuah game RPG yang menggabungkan fantasi dan prosedur polis. Ia juga akan menampilkan ciri-ciri inventori dan kemahiran serta runut bunyi oleh British Sea Power.

3. The Red Strings Club

Sebuah game pengembaraan bertemakan cyberpunk di mana penggodam dan pelayan bar bergabung tenaga untuk menghalang syarikat besar daripada mengubah minda masyarakat.

4. Into The Breach

Sebuah game turn-based di mana robot gergasi melawan raksasa dalam ruang skala yang kecil. Dimainkan di atas grid seperti papan catur, pemain mempunyai beberapa set pusingan untuk menghapuskan musuh.

5. Sunless Skies

Sekuel kepada game pertama yang meninggalkan lautan dalam dan terus terbang ke persekitaran angkasa. Bermula 10 tahun kemudian pada tahun 1905, kapal angkasa yang dikuasakan oleh wap mampu menjelajah ke alam semesta.

6. Spelunky 2

Sekuel kepada game pertama ini merupakan game pengembaraan 2D platformer yang melibatkan pengembaraan seorang budak lelaki.

7. Untitled Goose Game

Sebuah game stealth di mana korang akan bermain sebagai seekor angsa yang cuba untuk menyelinap masuk ke kawasan seorang pekebun dengan mencuri radio, mencuri makanan dan banyak lagi.

8. Vampyr

Vampyr ialah game aksi RPG yang dihasilkan oleh pembangun Life of Strange di mana pemain akan bermain sebagai seorang doktor yang dahagakan darah cuba untuk menghadapi serangan wabak selesema pada tahun 1918.

9. Super Meat Boy Forever

Super Meat Boy kembali dalam sekuel dan kali ini Meat perlu menyelamatkan anaknya, Nugget serta juga kemunculan semula antagonis Dr. Festus.

10. Phoenix Point

Ini adalah game turn-based strategy di mana sekumpulan askar sains fiksyen cuba untuk menyelamatkan dunia dari serangan mutan dan virus makhluk asing.

11. Frozen Synapse 2

Sebuah game taktik turn-based di mana pemain akan berada di dalam sebuah bandar yang dipenuhi dengan klon-klon warna yang memancar semasa sendiri.

12. Frostpunk

Game ini mempunyai latar belakang masa depan yang sejuk. Selain menjaga bandar, pelbagai keputusan perlu dibuat seperti sama ada mengharamkan atau membenarkan buruh kanak-kanak untuk memastikan kelangsungan hidup masyarakat.

13. Warhammer: Vermintide 2

Sekuel kali ini tidak hanya menambah map baru dan cara baru untuk membunuh Skaven, tapi juga akan menambah puak musuh baru dalam baju berperisai Chaos Warrior.

14. Underworld Ascendant

Menyambung dari kisah Ultima Underworld, Underworld Ascendant ialah game first person dungeon crawler dan mempunyai persekitaran yang bertindak balas.

15. UFO 50

Sepasukan pembangun game indie berkolaborasi untuk menghasilkan koleksi 50 buah game dari 2D platformer sehinggalah ke RPG dengan grafik 8-bit.

16. Psychonauts 2

12 tahun sudah berlalu sejak game pertama. Terima kasih kepada bantuan daripada peminat, kini mereka mencipta sebuah sekuel yang peminat mahukan. Ceritanya akan mengikuti dari game Psychonauts eksklusif PlayStation VR iaitu Rhombus of Ruins.

17. Necrobarista

Sebuah game 3D visual novel yang mengambil tempat di sebuah kafe di Melbourne, Australia yang dipenuhi dengan hantu dan pelanggan biasa.

18. Project Tingler

Project Tingler ialah kod nama kepada sebuah tempat bernama Tingleverse. Ini ialah game pengembaraan FMV (Full Motion Video) yang dihasilkan oleh Zoë Quinn (Depression Quest).

19. Pillars of Eternity 2: Deadfire

Menyambung kisah dari game pertama tapi di lokasi lain. Menjelajah dengan membina kapal dan bergabung tenaga dengan rakan lama dan baru.

20. Wandersong

Wandersong ialah game pengembaraan fantasi di mana pemain perlu menyelesaikan masalah dengan muzik.

21. Warhammer 40,000: Gladius – Relics of War

Game ini mengambil tempat di Gladius Prime. Ultramarines, Orks, Imperial Guard dan Necrons kesemuanya berlawan semasa sendiri.

22. A Place for the Unwilling

Sebuah game pengembaraan yang berlatarbelakangkan era Victoria di sebuah bandar yang dipenuhi dengan kabus dan misteri.

23. Forgotton Anne

Forgotton Anne ialah manusia terakhir di dunia ini. Seorang penguatkuasa ditugaskan untuk menghalang pemberontakan dalam kalangan harta benda yang sudah hilang dalam game pengembaraan platformer ini.

24. Mineko’s Night Market

Korang akan bermain sebagai Mineko yang menjalankan perniagaan di kedai dan menjaga ladang serta pergi melombong. Ini berlaku di atas sebuah pulau di Jepun yang dipenuhi dengan kucing.

25. Barkley 2

Tajuk penuhnya ialah The Magical Realms of Tír na nÓg: Escape from Necron 7–Revenge of Cuchulainn: The Official Game of the Movie–Chapter 2 of the Hoopz Barkley SaGa. Ini merupakan game parodi JRPG bola keranjang, Barkley, Shut Up dan Jam: Gaiden.

26. Battalion 1944

Sebuah game FPS multiplayer yang berlatarbelakangan Perang Dunia Kedua yang memfokuskan kepada permainan kompetitif dengan sokongan LAN dan server.

27. Laser League 

Sebuah game yang bertemakan sukan pada masa hadapan yang ganas seperti Tron di mana korang perlu menangkap nod yang berubah menjadi dinding laser bergerak. Dinding laser akan memusnahkan lawan korang dan ini merupakan game multiplayer.

28. Mount Your Friends 3D

Mount Your Friends ialah game memanjat kompetitif dengan elemen fizik. Di mana seorang lelaki akan jatuh seperti permainan Jenga.

29. Ikenfell

Sesuatu yang tidak kena di sekolah untuk ahli sihir. Kakak korang telah hilang dan korang perlu mencarinya di sekitar kawasan sekolah. Ikenfell ialah game pertarungan magik dengan elemen JRPG.

30. Octahedron

Demimonde telah menjumpai cara untuk bernafas dalam kehidupan baru dalam game indie 2D platformer ini. Rupa fizik bertemakan neon, rekaan level yang menegak dan kebolehan untuk membina platform pemain sendiri.

31. Fe

Dalam game ini, korang akan mengawal roh musang bernama Fe yang ditugaskan untuk melindungi hutan dari Silent Ones. Korang perlu menewaskan Silence melalui muzik. Fe juga perlu gunakan kebolehannya itu untuk menyelesaikan teka-teki.

32. The Last Night

Ini merupakan sebuah game platform cinematic yang berlatarbelakangkan dunia cyberpunk. Game ini mempunyai elemen stealth dan pertempuran jarak jauh serta keperluan untuk menyelesaikan masalah dan membuat pilihan.

33. Ooblets

Game ini membenarkan korang untuk tumbuh-tumbuhan dan apabila tumbuhan itu membesar, ia akan menjadi hidup seakan-akan manusia. Tumbuh-tumbuhan itu akan mengikuti pemain, mendapat kebolehan baru dan boleh berlawan dengan tumbuhan lain.

34. Indivisible

Dalam game ini, korang akan bermain sebagai Anja, seorang budak perempuan yang sedang menjelajah untuk membongkar kebenaran di sebalik kuasanya.

35. Fantasy Strike

Fantasy Strike mengajar korang untuk memahami asas game fighting tanpa perlu menggunakan butang-butang kombo yang susah seperti game fighting lain. Ianya senang untuk dipelajari dan serangan kombo mudah untuk dilakukan.

36. Heartbound

Game 2D ini mengisahkan tentang seorang budak dan anjingnya yang cuba untuk menghadapi dengan perkara-perkara seperti kemurungan, penderaan kanak-kanak, alkoholisme dan perjalanan masa.

37. Jimmy And The Pulsating Mass

Ini merupakan game RPG ciptaan Kasey Ozymy. Korang akan bermain sebagai Jimmy dalam sistem pertempuran berdasarkan kelas di mana Jimmy dibenarkan untuk berasa empati dengan raksasa.

38. Bloodstained: Ritual of the Night

Ini merupakan sebuah game spiritual successor kepada game Castlevania: Symphony of the Night. Ia dihasilkan oleh bekas pekerja Konami, Koji Igarashi yang juga menghasilkan siri game Castlevania.

39. Ori And The Will Of The Wisps

Sekuel kepada game pertama, rekaan level akan dihasilkan oleh Milton Guasti, pencipta dan pembina game Metroid, AM2R. Dengan kekuatan muzik dan grafiknya pasti akan membuatkan korang berasa sedih dengan jalan ceritanya.

Sumber: pcgamer | gamecrate

Comments

comments