Empat anak muda yang mengibarkan Jalur Gemilang di negara gajah putih.

Pasukan esport Rules of Survival (ROS) dari Malaysia, 8X telah berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai naib juara dalam satu kejohanan berprestij peringkat Asia Tenggara, ROS SEA Cup yang diadakan di Bangkok, Thailand pada hujung minggu lalu.

8X dengan penuh gayanya telah berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak USD12,000 (~RM48,000).

Berita ini pastinya satu kemenangan yang cukup membanggakan. Namun, ada kisah di sebalik kejayaan ini yang lebih mengagumkan.

Ceritanya bermula dengan Malaysia mempunyai tiga pasukan esport ROS yang dihantar ke pusingan kelayakan ROS SEA Cup, iaitu pasukan HYDRA, HYDRAx dan 8X. Pasukan HYDRA hanya berjaya sampai ke Stage 2 dan pasukan HYDRAx pula hanya berpeluang ke Division Final. Dan semestinya pasukan 8X berjaya melayakkan diri ke Grand Final yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Malang buat pasukan 8X, mereka tidak mampu untuk hadir ke Bangkok disebabkan beberapa masalah pengangkutan. Maka, satu pasukan baru dibentuk dengan menggabungkan barisan pemain dari HYDRA dan HYDRAx. Walau bagaimanapun, nama 8X masih lagi digunakan sebagai nama rasmi di Grand Final.

Ketika bercakap dengan JomGaming, ini komen salah seorang pemainnya, Muhammad Abdul Samad, tentang kejayaan mereka ini dan mendedahkan serba sedikit strategi yang mereka lakukan sepanjang kejohanan:

“Cara kejayaan kami adalah, pada mulanya kami sudah mempunyai strategi tersendiri. Tapi selepas kami lihat perlawanan Division Final Thailand sehari sebelum Grand Final, kami dapat memikirkan strategi yang baru.”

“Semasa hari perlawanan itu kami tak sangka pun kami dapat tempat kedua kerana kami tak dapat training disebabkan jadual yang padat yang disediakan oleh pihak penganjur. Kami hanya sempat bermain beberapa game sahaja. Pada hari perlawanan, kami cuba sebaik mungkin untuk harumkan nama Malaysia.”

Selain Muhammad Abdul Samad, pasukan yang dihanter ke Bangkok ini terdiri daripada Muhammad Afiq Abdul Aziz, Raden Amer Farouqi dan Muhammad Danial Shahrom.

Untuk ke Grand Final di Bangkok ini, mereka perlu melepasi pusingan kelayakan Stage 1, Stage 2 dan Division Final. Terdapat lima Division iaitu Division Filipina, Division Thailand, Divison Vietnam, Division Indonesia, Dan Division SEA Other. Tiga pasukan terbaik dari setiap Division akan layak terus ke Grand Final.

Selain Malaysia dan Thailand sebagai tuan rumah, kejohanan ini turut disertai beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Filipina, Singapura, Vietnam, Indonesia dan Brunei.

Grand Final itu menyaksikan pasukan dari Thailand, OfGod muncul juara dengan mata terkumpul sebanyak 1,760, manakal 8X meraih 1,450 mata, diikuti oleh pasukan Pirate Team dengan 1420 mata.

Tahniah kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam kejayaan mengharumkan nama tanah air di negara jiran itu. JomGaming mendoakan agar pasukan-pasukan ini akan terus konsisten memperoleh kemenangan yang lebih tinggi dalam kejohanan-kejohanan akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.