destiny-taken-kingBeberapa reveal menarik dapat kita lihat di Livestream 1 Bungie semalam. Ramai yang berkata, semua benda tuh dah rumored sebelom nih lagi – so tak berapa surprising! Tapi ada beberapa benda lain yang kitorang compile, yang boleh kita semua look forward dalam TTK nanti. Jom kita skodeng!

1. ARMOR MATERIALS AKAN MENGGANTIKAN HADRONIC ESSENCE,SAPPHIRE WIRE DAN PLASTEEL PLATING

Kesemua 3 class armor materials akan digabungkan menjadi satu Armor Materials item. Perubahan ini juga akan memberi benefit yang amat besar dalam proses menaiktaraf armor. Hunter korang tidak akan lagi pening kepala jika tidak mempunyai Sapphire Wire kerana korang terlalu banyak menghabiskan masa dengan Warlock.

2. NOLAN NORTH AKAN MENGGANTIKAN PETER DINKLAGE SEBAGAI GHOST

Dunia Destiny dikejutkan dengan pertukaran pelakon suara bagi Ghost yang sebelum ini dipegang oleh Peter Dinklage (Game of Thornes) diganti dengan Nolan North yang terkenal dengan siri Uncharted dan The Last Of Us. Reddit bagaimanapon telah menggantikan nama manja Dinklebot ke NolanBot, Nolandroid, even NolanBeyondBot! LOL!

TTK3

3. INFO MENGENAI STORY/LORE MELALUI GHOST

Jika anda merasakan tugas Ghost hanya untuk membuka pintu dan menjerit “We’ve woken the hive”, anda ternyata silap. Ghost Year 2 akan mempunyai lebih banyak fungsi. Dengan hanya menekan butang di controller ia akan memberikan maklumat mengenai objek yang ada in-game! Sebelum ini, jika kita inginkan sesuatu maklumat contohnya mengenai cerita dan latar belakang Rasputin, kita terpaksa membaca grimoire dengan menggunakan Destiny Companion App di mobile ataupun web browser yang sememangnya mafan!

4. JALAN CERITA TITAN

Titan akan berinteraksi dengan askar upahan dari puak Titan yang akan mengajar korang untuk mengawal dan menggunakan kuasa matahari (The Power of The Sun)

TTKSunbreaker

5. WARLOCK DAN IKORA REY

Warlock akan menjalani ritual shaman bersama Ikora Rey bagi membangkitkan kuasa elektrik Warlock.

TTKStormcaller

6. HUNTER MENJEJAKI GUARDIAN YANG HILANG

Storyline Hunter akan membawa korang menjejaki Guardian Nomad yang telah menghilangkan diri. Guardian itu memegang rahsia mendapatkan kuasa Void bagi class Hunter.

TTKNightstalker

7. PRAEDYTH GUARDIAN YANG MISTERI

Guardians pastinya mengenali PRAEDYTH, pahlawan Hunter yang lenyap di dalam Vault Of Glass. Di TTK, player akan kembali ke Vault Of Glass di dalam mission “Unsealed Paradox” yang dimana akan menyingkap rahsia apa yang sebenarnya terjadi kepada Praedyth yang masih lagi menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

8. STRIKE PLAYLIST BARU

Vanguard Legacy = Semua strike dariDestiny vanilla, The Dark Below dan juga House of Wolf.

Vanguard Ursa = Siri strike yang akan memberikan ganjaran Legendary Marks dan juga Legendary Engrams.

Vanguard Marmoset = Siri Strike dari The Taken King.

TTK

9. XUR AGENT OF NINE

Abang berwajah bulu, Xur akan menjual item dipanggil “The Three of Coins” yang meningkatkan peluang korang untuk mendapat Exotic loot di Boss fight events.

10: PENYERAHAN BOUNTY MENJADI LEBIH MUDAH

Guardians akan dapat menyerahkan Bounty ke Vendors, Eris, Petra dan Brother Vance tanpa perlu bersusah payah untuk kembali ke Tower dan Vestian. Macamana? Dari atas kapal terbang? Still misteri!

11. 4 STRIKE TERBARU (1 PS EXCLUSIVE)

Akan ada 4 strike baru yang akan diperkenalkan

  1. Fallen Saber : Di Bumi, korang akan bertarung dengan Shank yang besar gedabak.
  2. Shield Brothers : Guardians akan bertarung dengan dua Cabal Leader yang berada di dalam Dreadnaught.
  3. Sunless Cell : Korang akan ditugaskan memburu Hive Darkblade yang memberontak menentang Oryx dan juga yang telah membunuh sahabat Eris.
  4. Echo Chamber: Playstation Exclusive, Vex Mind (Again? Seriously?)

TTK2

12. NO TIME TO EXPLAIN

Pluse rifle bernama No Time To Explain telah disahkan ada. Adakah ini bermakna kita akan mendapat storyline Exo Stranger yang tergantung sebelum ini? Sama-sama kita nantikan.

13. KING’S FALL

Pengurus Komuniti Bungie, Deej menyatakan raid terbaru di TTK, King’s Fall bakal menjadi Raid terbesar Destiny – lebih besar daripada Vault of Glass! Guardians akan berhadapan dua Boss sebelum berhadapan dengan Raja Hive, Orxy!

+++

So macamana, masih belum hype? Kami masih menantikan Livestream-livestream berikut untuk benar-benar join in the hype! So, sementara tuh, share dengan kitorang apa yang korang tak sabar nak tengok dalam DLC The Taken King!

Comments

comments