Tragedi Oktober telah tiba! Apa nak jadi dengan wallet bulan ini!

Battle Chasers: Nightwar (PC, NS, PS4, XBO) – 3 Oktober

Battle Chasers: Nightwar mengambil kisah daripada dunia hasil ciptaan pelukis komik terkenal Joe Madureira. Dibangunkan oleh Airship Syndicate, ia telah mendapat pujian semasa E3 dan juga Gamescom tahun ini atas rekaan dunia yang luas, pertarungan ala JRPG yang menarik dan juga penceritaan yang mendalam.
Forza Motorsport 7 (PC, XBO) – 3 Oktober

Pencabar bagi siri GT, Forza Motorsport sememangnya satu nama yang tidak asing bagi peminat-peminat perlumbaan sukan kereta. Microsoft telah mengumumkan bahawa keluaran kali ini akan mempunyai 700 buah kereta untuk dicuba dan 200 jenis konfigurasi atas 32 litar perlumbaan yang cukup pelbagai. Sedikit berita sedih bagi peminat-peminat pengeluar kereta Toyota, tiada kenderaan daripada pengeluar tersebut akan muncul dalam Forza Motorsport 7 kerana masalah perlesenan.

A Hat in Time (PC, PS4, XBO) – 5 Oktober

A Hat in Time adalah sebuah 3D platformer yang mengambil inspirasi daripada game-game klasik seperti Super Mario 64 dan Banjo-Kazooie. Dibangunkan hanya dengan menggunakan Unreal Engine 3, ia mengisahkan seorang gadis cilik yang mampu mencipta topi yang memberikan dia pelbagai jenis kuasa!

Layton’s Mystery Journey (3DS) – 5 Oktober

Sama seperti siri-siri sebelumnya, Layton’s Mystery Journey: Katrielle and the Millionaires’ Conspiracy adalah sebuah puzzle game yang cukup menarik. Sedikit kelainan dengan keluaran kali ini, watak utama kali ini adalah Katrielle Layton iaitu anak perempuan kepada watak utama siri ini iaitu Professor Layton. Dalam episod kali ini, Katrielle Layton berusaha mencari bapanya yang kini hilang secara tiba-tiba!

Cyberdimension Neptunia: 4 Goddesses Online (PS4) – 10 Oktober

Cyberdimension Neptunia: 4 Goddesses Online kesinambungan daripada siri Cyberdimension Neptunia sebelum ini. Buat pertama kalinya, siri ini dibangun menggunakan Unreal Engine 4 dan diterbitkan hanya untuk PlayStation 4.

Middle-earth: Shadow of War (PC, PS4, XBO) – 10 Oktober

Middle-earth: Shadow of War sememangnya antara keluaran yang dinantikan ramai terutamanya bagi bulan Oktober ini. Menyambung kisah daripada Shadow of Mordor, pemain akan kembali beraksi sebagai Talion dan Celebrimbor dalam mempertahankan dunia Middle Earth menentang kuasa kejahatan Sauron.

The Evil Within 2 (PC, PS4, XBO) – 13 Oktober

Dibangunkan oleh Shinji Mikami dan pasukannya, pasti ramai yang menanti sekuel kepada The Evil Within ini. Mengembalikan protagonis dari game asal, Sebastian kini berada dalam keadaan paling sukar dalam hidupnya. Berpeluang untuk menyelamatkan anak perempuannya, Sebastian terpaksa kembali ke dunia yang psychorrordelic (psycho + horror + psychedellic).

Gran Turismo Sport (PS4) – 17 Oktober

Menurut Jim Ryan, CEO SCE Europe berkata GT Sport adalah hasil daripada perubahan yang dialami scene game racing. Jika GT yang terdahulu kebanyakannya dimainkan secara offline, racers masakini lebih suka bermain online! Maka lahirlah GT Sports – sebuah game racing online yang dibina di atas hardware PS4 yang awesome!

South Park: The Fractured but Whole (PC, PS4, XBO) – 17 Oktober

Dalam sebuah temubual bersama pencipta siri South Park, mereka menyatakan bahawa mereka telah mempelajari pelbagai pengalaman baru ketika membuat South Park: Stick of Truth. Kini mereka lebih bersemangat dan ingin mencuba pelbagai idea baru dalam usaha menjadikan South Park: The Fractured but Whole lebih menarik dan meletup – macam kentut!

Keluaran kali ini merujuk kepada fenomena superhero oleh Marvel dan DC Comics yang terlampau digunakan untuk mengaut keuntungan melalui pawagan-pawagam Hollywood. Gameplay bagi game ini adalah turn-based strategy dan bakal memberikan cabaran baru kepada pemain-pemain yang pernah mencuba South Park: Stick of Truth.

WWE 2K18 (NS, PS4, XBO , PC) – 17 Oktober

WWE 2K18 diperkatakan akan membawa kemaskini dari segi grafik serta gameplay dan bakal mempunyai season pass yang membawa pelbagai DLC, namun rancangan mengenainya masih belum diumumkan.

Fire Emblem Warriors (NS, 3DS) – 20 Oktober

Fire Emblem Warriors akan menampilkan kerajaan dan karakter baru, dan hero-hero dari siri Fire Emblem yang lain akan turut menyertai pengembaraan korang. Dengan gerakan ala Dynasty Warriors, setiap hero akan mempunyai gerakan, serangan senjata dan dialog tersendiri. Korang boleh menggabungkan 2 hero sebagai satu unit untuk melakukan kombo yang ganas!

Destiny 2 (PC) – 24 Oktober

Destiny 2 adalah sebuah social shooter daripada Bungie akan dilancarkan ke platform PC pula! Ikuti review kami mengenai Destiny 2 di sini!

Hidden Agenda (PS4) – 24 Oktober

Hidden Agenda adalah sebuah action-adventure game yang mengisahkan tentang penyiasat pembunuhan bernama Becky Marnie dan seorang peguam bernama Felicity Graves. Mereka berdua terlibat dalam penyiasatan sebuah kes pembunuh bersiri yang dikenali sebagai The Trapper. Apa yang menarik tentang game ini, ianya dilengkapi sebuah fungsi PlayLink yang membenarkan pemain-pemain bermain dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka (Android dan iOS).

Just Dance 2018 (PC, NS, PS3, PS4, X360, XBO, Wii, Wii U) – 24 Oktober

Seperti keluaran sebelumnya, Just Dance 2018 akan dibekalkan dengan 40 buah lagu dan tambahan lagu boleh didapatkan melalui langganan perkhidmatan Just Dance Unlimited. Keluaran kali ini akan memperkenalkan beberapa mode baru yang dikenali sebagai Kids Mode dan juga Double Rumble (eksklusif untuk Nintendo Switch).

Assassin’s Creed: Origins (PC, PS4, XBO) – 27 Oktober

Assassin’s Creed: Origins adalah keluaran yang ke-10 bagi siri Assassin’s Creed dan Ubisoft menjanjikan pelbagai fungsi baru serta naik taraf disertakan seperti sistem pertarungan yang baru, gameplay mengawal burung helang, kehadiran musuh-musuh eksotik seperti ular gergasi, pertarungan seakan Gladiotar, kehadiran haiwan-haiwan liar, gameplay menyelam dan tunggangan kuda sambil memanah. Seperti namanya, Assassin’s Creed: Origins akan membawa pemain mengikuti kisah bagaima bermulanya pertubuhan Assassin.

Super Mario Odyssey (NS) – 24 Oktober

Dalam pengembaraan kali ini, Mario akan mengembara ke pelbagai dunia lain dibantu oleh topinya yang bernama Cappy dalam usaha menyelamatkan Princess Peach dari mengahwini Bowser.

Wolfenstein II: The New Colossus (PC, PS4, XBO) – 24 Oktober

Wolfenstein II: The New Colossus adalah sekuel kepada Wolfenstein: The New Order yang mengisahkan di mana Nazi telah memenangi Perang Dunia Ke-2. Kali ini mengisahkan William “B.J.” Blazkowicz bersama militan penentang berusaha untuk menentang rejin zalim Nazi dan membangkitkan revolusi!

17 game ini adalah apa yang kami rasakan menarik. Ada apa-apa game menarik lain yang kami tertinggal? Kongsikan game yang korang berminat untuk dapatkan pada Oktober ini dengan kami di ruangan komen.

Comments

comments