Apa? Kita dah sampai ke bulan kedua terakhir untuk tahun 2017?! Cepat betul masa berlalu, kan? Jom kita tengok apa game-game menarik yang akan dilancarkan pada November ini!

Call of Duty: WWII (PS4, PC, XBO) – 3 November

Setelah beberapa siri sebelum menyajikan latar belakang futuristik, siri shooter popular ini akan kembali kepada “akarnya”. Call of Duty: WWII, seperti tertera dalam judulnya, akan membawa kita kembali ke era Perang Dunia Kedua, menceritakan pelbagai kisah yang tidak pernah kita tahu tentang askar-askar semasa peperangan yang amat dahsyat ini.

Bagi korang yang akan bermain game ini di PC, korang boleh ketahui keperluan spesifikasinya di sini.

Nioh: Complete Edition (PC) – 7 November

Nioh telah dilancarkan secara eksklusif di PS4 pada Februari lalu. Pada awal Oktober ini, Team Ninja telah mengumumkan bahawa game ini akan dilancarkan di PC pada 7 November, berserta semua DLC lengkap disediakan.

Jom baca review kami di sini.

Sonic Forces (Switch, PS4, PC, XBO) – 7 November

Sonic Forces merupakan sebuah game bergenre platform yang dibangunkan oleh Sonic Team. Game ini akan membawa Sonic the Hedgehog sebagai salah seorang ahli yang menentang Doctor Eggman, yang mana dia telah mengambil alih dunia ini dengan pertolongan bala tentera robotnya dan seorang penjahat baru penuh misteri bernama Infinite.

Doom (Switch) – 10 November

Game shooter yang menampillkan elemen kejahatan, unsur syaitan dan neraka ini telah dikeluarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada Mei tahun lalu. Terbaru, id Software telah meluaskan lagi platform yang boleh bermain game ini ke Nintendo Switch pula.

Korang boleh baca review kami di sini.

Mario Party: The Top 100 (3DS) – 10 November

Francais Mario Party bermula pada tahun 1998, dan siri terbarunya, Mario Party 10 telah dikeluarkan pada tahun 2015. Mario Party: The Top 100 akan mengumpulkan 100 minigame daripada 10 siri game Mario Party yang pernah dikeluarkan.

Need for Speed Payback (PS4, PC, XBO) – 10 November

Siri Need for Speed akan kembali menggegarkan jiwa-jiwa racing dalam diri korang. Kali ini, kisahnya akan membawakan kita untuk bermain dengan tiga watak utama, iaitu Tyler, Mac dan Jess.

Korang boleh lihat senarai penuh 74 buah kereta yang akan ditampilkan ke dalam Need for Speed Payback di sini.

L.A. Noire (Switch, PS4, XBO) – 14 November

Beberapa hari lalu, Rockstar baru sahaja mengeluarkan trailer versi remastered untuk L.A. Noire. Kalau dulu ia telah dikeluarkan di PS3, Xbox 360 dan PC pada tahun 2011, ia kini akan dilancarkan pula di PS4, Xbox One dan Nintendo Switch pada November ini.

Antara penambahbaikan yang akan ditampilkan ke dalam versi remastered ini adalah game asal, semua kandungan DLC, memperbaiki grafik seperti pencahayaan dan awan, sudut kamera sinematik dan tekstur resolusi tinggi.

Lego Marvel Super Heroes 2 (Switch, PS4, PC, XBO) – 14 November

Antara lokasi yang akan ditampilkan dalam Lego Marvel Super Heroes 2 nanti adalah bandar New York pada tahun 2099, Mesir purba dan Old West, bersama-sama dengan lokasi dalam Marvel Comics seperti Sakaar, tempat dalam kisah Planet Hulk.

Pemain berpeluang untuk bermain sebagai Spider-Man 2099, Cowboy Captain America, Thor, Hulk, Black Panther, Captain Marvel, Doctor Strange, Green Goblin dan Guardians of the Galaxy.

Pokémon Ultra Sun and Ultra Moon (3DS) – 17 November

Game ini akan membawa pemain kembali ke rantau tropikal, yang mana sebelum ini telah kehilangan cahayanya. Raksasa legenda misteri, Necrozma dikatakan ada kaitan dengan Ultra Beasts. Ia bergantung kepada Pokemon trainer untuk membantu mengembalikan rantau itu kepada asalnya.

Star Wars Battlefront II (PS4, PC, XBO) – 17 November

Jika ditanya kepada kami, apakah tarikan paling utama Star Wars Battlefront II pada kali ini – ia adalah story mode yang akan dtampilkan. Mengapa? Sebab kisah yang akan diceritakan melalui game ini adalah kisah yang canon atau kisah yang rasmi dalam universe Star Wars. Ia akan menghubungkan dua trilogi, iaitu antara episod 6: Return of the Jedi dengan episod 7: The Force Awakens.

Kemusnahan Death Star II membawa kepada kematian Emperor – meledakkan satu peperangan baru terhadap The Rebellion. Untuk Battlefront II, korang sebagai Commander Iden Versio harus membawa misi daripada Emperor bagi menjatuhkan harapan seluruh The Rebellion, dan korang boleh saksikan trailer kepada kisah ini di sini.

The Elder Scrolls 5: Skyrim (Switch) – 17 November

Game ini bagi versi Nintendo Switch akan memasukkan fungsi gameplay serba baru seperti kawalan pergerakan untuk kombat dan lockpicking, pakaian dan gear daripada The Legend of Zelda. Hapuskan musuh dengan Master Sword, lindungi diri dengan Hylian Shield atau kelihatan segak dalam Champion’s Tunic.

The Sims 4 (PS4, XBO) – 17 November

Game simulasi kehidupan ini akan kembali untuk menggegarkan PS4 dan Xbox One pula setelah ia dilancarkan di platform PC pada tahun 2014.

This Sims 4 akan menyajikan kemaskini berkala dan kandungan tambahan selepas ia dilancarkan, kata EA.

The Inpatient (PlayStation VR) – 21 November

Daripada studio Supermassive Games yang membawa Until Dawn: Rush of Blood, sebuah game VR yang menyeramkan – kini korang terikat duduk di atas kerusi hospital sakit jiwa.

Suasana yang suram di dalam hospital ini yang kelihatan seperti era 40/50-an. Korang cuba melarikan diri daripada menjadi lagi terseksa duduk di hospital Blackwood Sanatorium dan di-brainwash. Korang terjaga dengan baik di situ walaupun korang tahu, ada yang tidak kena dengan tempat tersebut… ataupun, memang ada benda tak kena dengan korang?

Resident Evil Revelations (Switch) – 28 November

Versi Nintendo Switch untuk Resident Evil Revelations dan Resident Evil Revelations 2 akan menampilkan beberapa minigame yang eksklusif untuk platform ini. Salah satu daripada minigame itu adalah Ghouls ‘n Homunculi.

14 game ini adalah apa yang kami rasakan menarik. Ada apa-apa game menarik lain yang kami tertinggal? Kongsikan game yang korang berminat untuk dapatkan pada November ini dengan kami di ruangan komen.

Comments

comments