Beberapa game indie juga telah diumumkan di PlayStation Experience semalam. Jom layan, kot ada yang berkenan di hati!

Di dalam trailer kompilasi di atas, korang boleh melihat game-game yang eksklusif bagi PS4. Antara yang menarik perhatian kitorang adalah Hellblade: Senua’s Sacrifice, Chasm, Omen of Sorrow, Everything, Gnog, Nidhogg 2, Orcs Must Die! Unchained, Boundless, PoxNora, Strafe dan Sundered.

Selain game-game di atas, terdapat beberapa studio indie yang juga mempamerkan game-game mereka. Game-game ini tidaklah spesifik kepada konsol sahaja buat masa ini, jadi sama-sama kita nantikan.

Hand of Fate 2

Seperti game pertama yang keluar pada tahun 2015, game table top card game ini akan bertukar ke mode 3D battle semasa kad-kad bertarung! Wah, dah macam anime Yu Gi OH! pulak dah! Game ini dijangka akan diterbitkan awal tahun 2017.

Celeste

Celeste adalah sebuah game single-player platformer yang memerlukan korang memanjat gunung! Jangan risau, ada lebih 250 stage merentasi bandar terbiar, puing kota, cenuram tinggi dan resort berpuaka. Korang boleh cuba bermain versi klasik game ini di laman web Matt Makes Games. Celeste dijangka akan diterbitkan pada pertengahan 2017.

Omen of Sorrow

Omen of Sorrow pula adalah fighting game yang manampilkan karakter-karakter daripada kerja sastera, mitologi dan horror! Ada 12 karakter seperti vampire dan werewolf, dan mode online dan local multiplayer! Omen of Sorrow masih dalam pembikinan, tapi korang boleh layan dulu trailer pre-alpha di atas.

Games of Glory

Games of Glory ini adalah top-down shooter yang mempunyai elemen MOBA. Game ini juga akan diterbitkan di platform PC, keupayaan cross-platform tidak pula diumumkan. Close beta bagi game ini dijangka akan diadakan awal 2017 kelak.

Fallen Legion

Fallen Legion

Fallen Legion diumumkan bagi platform PSVita dengan penambahan cerita baru. Dalam versi PS4, korang mengawal Princess Cecille yang baru menjadi pemerintah sebuah kerajaan yang sedang nazak. Pada masa yang sama Legate sedang merancang untuk menggulingkan beliau! Versi PSVita membawa cerita daripada aspek Legate.

Vane

Game yang bertempat di dunia padang pasir ini mengingatkan kitorang kepada Journey. Tak banyak yang diperkatakan bagi game ini, cumanya ianya sebuah game adventure yang memerlukan korang mengorek rahsia bagi dunia penuh misteri ini. Maklumat lanjut dijanjikan oleh Friend & Foe Games, developer game ini kelak.

STRAFE

STRAFE adalah game shooter 90-an yang menjanjikan randomly-generated levels, musuh-musuh menggila dan rahsia-rahsia yang perlu diterokai. Game ini juga akan boleh dimainkan menggunakan Oculus di platform PC, Mac dan mungkin juga Linux.

Ys Origin

Prekuel kepada siri Ys dan bermula 700 tahun sebelum Ys I: Ancient Ys Vanished, Ys Origin diperbaharui dengan ciri-ciri baru dan ianya akan diterbitkan dalam bahasa Jepun, Inggeris, Perancis, Itali, Jerman dan Sepanyol bagi platform PS4 dan PSVita.

Windjammers

Main frisbee kompetitif secara online bersama kawan-kawan korang. Pilih dari 6 orang pemain antarabangsa dengan gerakan masing-masing. Maklumat lanjut game ini akan didedahkan kelak.

Dreadnought

Sejak diumumkan pada tahun 2014, game shooter kapal angkasa 5v5 ini mengadakan sesi closed-beta April lepas di PC. Kini, ianya hadir sebagai game eksklusif PS4. Close beta bagi PS4 dijangka akan diadakan dalam masa terdekat. Korang bolehlah mendaftar bagi sesi closed beta ini di SINI.

Absolver

Game melee action yang dimainkan secara online ini diumumkan sejak Mei lepas bagi platform PS4, Xbox One dan Steam. Game seni mempertahankan diri ini mengkehendaki korang mengumpulkan kawan-kawan korang dan bergasak di dalam dunia PvE ataupun di dalam arena pertempuran berasingan.

Full Throttle Remastered

Remaster bagi Full Throttle ini diumumkan pada PlayStation Experience 2015. Game yang diterbitkan oleh LucasArts pada tahun 1995 ini meletakkan korang sebagai abanglong geng motorsikal yang terlibat di dalam pengembaraan kacau-bilau dan pembunuhan! Full Throttle Remastered membolehkan korang bertukar antara mode klasik dan remastered, serta banyak lagi pilihan lain.

Move or Die

Party game bagi 4-player ini menampilkan gameplay mechanics yang berubah setiap 20 saat! Popular sejak dikeluarkan di Steam, game ini bakal hadir ke platform PS4 tahun hadapan.

Rain World

Di dalam Rain World korang akan memainkan watak seekor ‘cicak’ (?) yang perlu memburu dan mengelak daripada diburu dalam pengembaraannya merentasi dunia yang baru sudah dilanda banjir hebat. Gameplay stealth pantas juga diperlukan bagi korang survive di dalam dunia Rain World.


JomGaming akan terus melaporkan berita-berita PlayStation Experience 2016. Teruskan mengikuti JomGaming geng!

Comments

comments