Siapa pilihan korang?

Pagi tadi Bandai Namco telah mengumumkan Jump Force – fighting game yang menggabungkan karakter-karakter daripada francais animanga yang popular!

JomBaca: Son Goku, Luffy, Naruto, Light & Ryuk Bergabung Dalam Satu Fighting Game 3v3 Tag Team Arena Fighter! 

Berikut adalah karakter-karakter animanga yang kitorang teringin nak tengok diabadikandi dalam game Jump Force itu. Korang ada karakter pilihan sendiri? Kongsikan di ruang komen.

Vash the Stampede

Sebagai makhluk interdimensional, Vash takkan jadi tua. Dengan Angel Arms dan pistolnya, Vash sememangnya mampu mengegarkan dunia!

Guts

Mamat kasar dalam Berserk ini memang menakutkan kerana pedang gergasi dan kemahirannya menghayun pedang tersebut. Kalau dia pakai baju besi hitam dia, pehh, lagi scary!

Alucard

Alucard tak boleh mati, dan teknik berlawannya yang membiarkan diri dicederakan lalu menyembuh diri untuk memecahkan keyakinan musuh – sang bakat dalam mendera mental lawan.

Kurosaki Ichigo

Kebolehannya sebagai shinigami, kemahirannya menghunus zanpakutou, dan keupayaannya untuk melakukan transformasi Hollow Fullbring – Ichigo daripada Bleach seperti Dewa Maut yang tidak terkalahkan!

Zaraki Kenpachi

OK, ini mungkin tak adil sebab francais lain hanya ada satu karakter. Zaraki Kenpachi, seperti Ichigo juga daripada Bleach. Kalau korang peminat Bleach, mesti korang faham kenapa penulis masukkan dia dalam senarai ini.

Gon Freeks

Watak Utama Hunter X Hunter ni mempunyai teknik berlawan unik yang diinspirasikan daripada permainan Rock, Paper, Scissors! Lebih-lebih lagi bila Gon mengamuk dan melepaskan kemanusiaan demi mendapatkan kuasa yang memakan diri! Pehh!

Izuku Midoriya (Deku)

Deku mewarisi Quirk One For All daripada tok gurunya All Might. Hasilnya, Deku memiliki kekuatan melampau dan teknik perlawanan yang boleh memakan diri jika tidak dikawal!

Korosensei

Cikgu pembunuhan di dalam Assassination Classroom ini sememangnya sangatlah powerful. Boleh berubah bentuk badannya, mahir dalam segala jenis teknik pembunuhan, tapi kekal tersenyum walaupun diselubungi aura membunuh!

Yusuke Urameshi

Dari samseng sekolah, ke pahlawan/pewaris di Dunia Neraka dan menjadi pelindung Dunia Manusia, Urameshi dengan pistol jari yang menembak kuasa jiwa ini memang awesome!

Kenshiro

Pewaris seni gerakan Hokuto Shinken dari Fist of the North Star yang boleh meletupkan musuh dengan tekanan jari ke titik akupunktur ini semestinya karakter dengan teknik pasti bunuh yang menakutkan!

Asta

Pemuda dari Black Clover dengan kuasa Anti Magic ini pasti dapat mematikan langkah musuh-musuh yang menggunakan kuasa pelik. Asta juga memiliki semangat tak mau kalah dan kekuatan yang tak terjangka!

Jotaro Kujo

Ada banyak JoJo dalam JoJo’s Bizarre ADventure, tapi Jotaro ada JoJo yang paling bergaya dan semestinya berbakat dalam menggunakan Hamon dan Stand!

Natsu Dragneel

Mamat api daripada Fairy Tail ini memang cukup power dan hebat. Lebih-lebih lagi bila dia makan api, lagi kuat lah jadinya!


Ada karakter kegemaran korang yang tak tersenarai? Komen jom, komen!

Comments

comments