Jom tengok apa pula yang bakal disediakan untuk gamer-gamer Disember ini!

Apollo Justice: Ace Attorney (iOS) – 1 Disember

Dikenal sebagai Gyakuten Saiban 4 di Jepun, Apollo Justice: Ace Attorney asalnya diterbitkan untuk Nintendo DS. Game yang bergenrekan visual novel adventure ini telah mendapat sambutan positif dari peminat dan Nintendo berharap keluaran kali ini akan mengembangkan lagi pengaruh siri Ace Attorney.

Steep (Win, PS4, XBO) – 2 Disember

Berfokus pada multiplayer, Steep akan meletakkan pemain dalam arena sukan extreme musim salji seperti ski, wingsuit, serta snowboard. Pemain-pemain boleh beraksi di pergunungan Alps dalam mode pandangan first person atau third person, dimana boleh ditukar secara instant.

Super Mario Maker for Nintendo 3DS (3DS) – 2 Disember

Super Mario Maker membenarkan pemain untuk membina dunia Mario mereka sendiri disamping mencuba dunia-dunia yang telah dibina oleh pemain lain! Semasa diterbitkan untuk konsol WiiU, Super Mario Maker telah pun mendapat pelbagai pujian daripada pengkritik-pengkritik professional.

Lara Croft Go (PC, PS4, PSVita) – 4 Disember

Lara Croft Go merupakan sebuah turn-based puzzle game yang kini diterbitkan untuk platform PlayStation 4 dan PS Vita. Mengambil tema dari siri Tomb Raider, Lara Croft Go akan mencabar pemain untuk menggunakan IQ untuk menyelesaikan masalah dan cabaran yang diberikan dalam setiap pusingan. Lara Croft Go telah pun berjaya merangkul anugerah best mobile/handheld game di The Game Awards 2015.

Let It Die (PS4) – 3 Disember

Let It Die adalah sebuah game free-to-play yang bergenrekan hack and slash, dibangunkan oleh developer terkenal iaitu Grasshopper Manufacture.

Mother Russia Bleeds (PC, PS4) – 3 Disember

Mother Russia Bleeds merupakan sebuah side-scrolling game, di mana di kebanyakan situasi, karakter akan bergerak dari kiri ke kanan, atau di sesetengah situasi, ia akan bergerak dari atas ke bawah. Ia telah dilancarkan di Windows, OS X dan Linux pada 5 September 2016, dan kini dilancarkan di PS4. Ikuti review kami dalam Mother Russia Bleeds: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Ultimate Marvel vs. Capcom 3 (PS4) – 3 Disember

Ultimate Marvel vs. Capcom 3 kini tiba ke PlayStation 4! Perlu ke kami terangkan siri fighting yang cukup terkenal ini!? Didatang dengan semua DLC, pasti ianya koleksi yang sangat menarik untuk peminat-peminat siri ini yang kini memiliki PlayStation 4.

The Last Guardian (PS4) – 6 Disember

The Last Guardian diarahkan oleh Fumito Ueda, orang yang sama yang hasilkan game epik Ico dan Shadow of the Collossus. Game ini mula dibikin sejak dari tahun 2007 lagi dan telah membuat penampilan pertamanya semasa E3 2009. Dan akhirnya, pada tahun lepas semasa event E3 2015, The Last Guardian akhirnya membuat kemunculan, setelah lebih 6 tahun menghilangkan diri.

Dead Rising 4 (PC, XBO) – 6 Disember

Tak payah nak fikir logik sangat sebab Frank West akan datang selamatkan dunia yang penuh dengan zombie dengan cara yang paling tak masuk akal! Buat masa ini, Dead Rising 4 merupakan timed-exclusive bagi Xbox One selama setahun.

Space Hulk: Deathwing (PC) – 14 Disember

Space Hulk: Deathwing adalah sebuah first-person shooter yang mengambil dunia Warhammer 40K sebagai latar belakang. Menjanjikan aksi yang penuh kegaganasan, peminat-peminat siri Warhammer pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya.

Super Mario Run (iOS) – 15 Disember

Super Mario Run akan diterbitkan pada 15 Disember ini untuk platform iPhone, iPod Touch, dan iPad. Ia boleh dicuba secara percuma dengan akses yang terhad dan untuk mendapat kesemua level pemain perlu membelinya pada harga USD9.99

Shantae: Half-Genie Hero (PC, PS4, PSVita, WiiU, XBO) – 20 Disember

Mendapat bantuan kewangan melalui Kickstarter, Shantae: Half-Genie Hero merupakan sebuah game yang dibangunkan oleh WayForward Technologies. Seperti siri-siri yang sebelumnya, pemain akan bermain sebagai Shantae dan melakukan eksplorasi dalam dunia 2D tetapi kali ini dengan grafik HD.

The Walking Dead: A New Frontier (PC, PS4, XBO, iOS, Droid) – 20 Disember

Berdasarkan siri komik The Walking Dead, The Walking Dead: A New Frontier akan membawa pemain kepada watak Clementine. Seperti siri sebelumnya, game yang bergenrekan point-and-click graphic adventure ini akan memaksa pemain dalam membuat keputusan di waktu-waktu genting yang akan menyentuh isu-isu moraliti.

Comments

comments