Bulan kesembilan untuk tahun ini bakal menjelma! Apa pula game-game menarik yang akan menggegarkan dompet korang pada bulan September 2017?

Dari perseturuan game bola sepak, game RPG, hinggalah ke game platformer – apakah yang akan menambat hati korang? Jom kita tengok!

Knack II (PS4) – 5 September

Seperti siri sebelumnya, Knack II membawa pemain meneroka persekitaran yang cukup unik dengan sistem RPG yang mempelbagaikan kebolehan watak utama iaitu Knack. Apa yang lebih menarik, ia juga mempunyai mod co-op yang boleh dinikmati seisi keluarga dan rakan-rakan.

JomBaca: Knack 2 Diumumkan Untuk Pelancaran September Ini, Saksikan Trailernya Di Sini

Destiny 2 (PS4, Xbox One, PC) – 6 September

Tidak lagi eksklusif hanya untuk konsol, Destiny 2 adalah sebuah action-MMORPG yang telah dibangunkan oleh Bungie sejak beberapa tahun lepas. Selain mode PvP yang pelbagai, Destiny 2 menyediakan aktiviti PvE seperti strike dan raid. Menurut Bungie, keluaran kedua ini akan membawa pelbagai naik taraf dan pembaharuan berbanding siri asal.

JomBaca: Sesi Beta Destiny 2 Untuk PC Akan Bermula, Bungie Kongsi Gameplay 4K

PES 2018 (PC, PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One) – 12 September

Antara perkara yang bakal menjadi tarikan utama untuk siri PES akan datang ini adalah mode co-op (2v2 dan 3v3) yang akan ditampilkan. Konami kelihatan benar-benar ingin menaikkan mode ini dengan mempromosikannya dengan cukup meluas, lebih-lebih lagi mode 2v2 juga akan dibawakan ke dalam PES League.

JomBaca: PES 2018: Saksikan Gameplay Versi Demo, FC Barcelona Menentang Borussia Dortmund

Ys VIII: Lacrimosa of Dana (PS4, PS Vita, PC) – 12 September

Ys VIII: Lacrimosa of Dana adalah sebuah JRPG yang dibangunkan oleh Nihon Falcom dan merupakan keluaran ke-8 dari siri Ys. Kali ini, ia mengisahkan tentang Adol, seorang pengembara yang terdampar ke sebuah pulau berpuaka setelah kapalnya diserang hendap oleh seekor makhluk gergasi.

Divinity: Original Sin II (PC, PS4, Xbox One) – 14 September

Dibangunkan oleh Larian Studios, Divinity: Original Sin II adalah sekuel kepada siri asal yang diterbitkan pada tahun 2014. Kisah bermula selepas beberapa abad dari Divinity pertama, zaman tersebut kembali bergolak selepas Bishop Alexandar the Innocent mengisytiharkan bahawa semua ahli sihir adalah penjenayah. Dengan itu, 4 perwira bertekad untuk menewaskan Bishop Alexander bagi memastikan keamanan terus kekal.

Metroid: Samus Returns (Nintendo 3DS) – 15 September

Metroid: Samus Returns merupakan sebuah projek untuk mengimiginasikan semula Metroid 2: Return of Samus yang telah diterbitkan pada tahun 1991 untuk konsol Game Boy.

Marvel vs. Capcom: Infinite (PC, PS4, Xbox One) – 19 September

Siri Marvel vs. Capcom kembali dengan sirinya yang keenam melalui Marvel vs. Capcom: Infinite. Sekiranya korang tidak pernah bermain game ini, Marvel vs. Capcom: Infinite merupakan sebuah game fighting yang menampilkan dua dunia berbeza, iaitu dunia Marvel dan dunia Capcom dalam satu game fighting tag-team.

JomBaca: Dapatkan Story Demo Marvel VS Capcom: Infinite Hari Ini, Saksikan Juga Trailer Terbaru

Project CARS 2 (PC, PS4, Xbox One) – 22 September

Project CARS 2 adalah game racing simulator yang dibangunkan oleh Slightly Mad Studios dan diterbitkan oleh Bandai Namco. Ia merupakan sekuel kepada Project CARS yang mana siri pertama itu telah dilancarkan pada Mei 2015.

Danganronpa V3: Killing Harmony (PS4, PS Vita, PC) – 26 September

Danganronpa V3: Killing Harmony adalah sebuah visual novel adventure game dari Spike Chunsoft dan bakal diterbitkan untuk PC, PlayStation 4 dan PS Vita. Nampaknya keluaran terbaru bagi siri Danganronpa akan meneruskan tema kisah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

Total War: Warhammer II (PC) – 28 September

Total War: Warhammer II adalah game bergenre turn-based strategy dan real-time tactics yang dibangunkan oleh Creative Assembly dan diterbitkan oleh Sega. Ia merupakan salah satu siri dalam fancais Total War dan adalah sekuel kepada Total War: Warhammer yang telah dikeluarkan pada tahun 2016.

JomBaca: Total War: Warhammer 2 Tampilkan Peperangan Grand Fantasy – Akan Datang 28 September!

Cuphead (PC, Xbox One) – 29 September

Game ini boleh dikatakan agak unik. Cuphead adalah game bergenre run and gun platform yang menggunakan grafik seperti kartun semasa zaman 1930-an. Diterbitkan oleh StudioMDHR Entertainment, game ini menjanjikan gameplay yang melawan dengan banyak boss, untuk membayar hutangnya dengan syaitan.

FIFA 18 (PC, Switch, PS3, PS4, Xbox 360, Xbox One) – 29 September

Bulan September mungkin tidak sah sekiranya tidak dihiasi dengan keluaran game bola sepak baru daripada EA Sports. Dua minggu selepas pencabar tradisinya dilancarkan, FIFA 18 pula akan dimasukkan ke padang. Membawakan sambungan kepada story mode, The Journey: Hunter Returns, serta menampilkan pelbagai legenda dalam FIFA Ultimate Team nanti, FIFA 18 dijangka akan menggegarkan gamers sekali lagi, seperti biasa.

JomBaca: Trailer Terbaru FIFA 18 Ini Akan Buat Korang Bangun Dan Berjoget-Joget Dengan Muzik Yang Rancak

12 game ini adalah apa yang kami rasakan menarik. Ada apa-apa game menarik lain yang kami tertinggal? Kongsikan game yang korang berminat untuk dapatkan pada September ini dengan kami di ruangan komen.

Comments

comments